Followers

Wednesday, April 13, 2011

Universiti Blogger Malaysia - MINGGU ORIENTASI



assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


nak join klik logo


hari ini 13 April aku dgn rasminya menjadi mahasiswi UBM. Minggu ni adalah minggu orientasi bagi semua SISWA/I UBM. Pihak Universiti telah memberikan tugasan pertama kepada SISWA/I :

Antara tugasannya ialah:
  1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
  2. nama anda dan nama blog anda.
  3. sejak bila mula berblog.
  4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
  5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.


mula2 kena berkenalan dulu la kn???

Nama saya Syakimah dan nama dalam dalam dunia blogger Iemah. Untuk pengetahuan semua nama blog saya ni tak ada kena mengena dengan nama saya. Disebabkan saya ni suka mencoret (tak kisah la kat mana pun) asalkan kat tangan saya ada pen, jadi sempena dengan itu, saya namakan blog saya ini CoReTaN QaLaM. Saya tak berapa ingat bila saya mula berblog ni, tapi rasa2nya pada 9 November 2009. Selepas itu, saya menangguhkan aktiviti ini selama lebih kurang 7 bulan. Kira2 dalam bulan julai sambung balik aktiviti ini.

Pandangan terhadap dunia blog?

Dunia blog sekarang ni saya lihat semakin maju dan semakin berjaya terutama bagi yang suka menghabiskan masa dengan berblogging ini. Dunia ini semakin berkembang bukan sahaja ke peringkat antara benua tetapi juga ke peringkat antarabangsa sehinggakan kanak2 pun pandai berblogging bukan sahaja pelajar universiti. Suri rumah yang sentiasa mengemas rumah, memasak, membasuh pun pandai berblogging di samping menjana pendapat mereka dengan aktiviti ini.

Pandangan mengenai IPTM?

Pada pendapat saya, penubuhan IPTM ini sangat baik terutama kepada blogger2. Bukan sahaja blogger dalam negara sahaja boleh sertai tetapi juga blogger yang tinggal di luar negara. Secara tidak langsung, blogger2 ini dapat mengenali blogger lain yang sebelum ini memang tidak kenal. Dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger di alam maya.


p/s: jom kawan2 buat pendaftaran segera sebelum 15 April 2011 di UBM


1 comment:

iemah said...

tq singgah...akn menjengah ke sana jg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...