Followers

Thursday, April 21, 2011

ASGMT 2 UBM-SUNNAH NABI DALAM HIDUP KITA

assalamualaikum



asgmt pertama dah siap...
minggu ni dpt pula agmt kedua...
bagi siapa2 yang blum join UBM, jom join segera
dan kalau nak tahu asgmt kedua tu,
klik aje banner di atas tu ye...


Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah2 tersebut terhadap pengamalnya.

RASULULLAH SAW MENINGGALKAN KEPADA UMATNYA DUA PERKARA IAITU AL QURAN DAN AS SUNNAH

Para ulama' Usul Fiqh membahagikan sunnah kepada 3 kategori:
  1. Sunnah Qauliyah iaitu hadis @ kata2 Rasulullah SAW dalam segala bentuknya.
  2. Sunnah Fi'liyah iaitu perbuatan Rasulullah dalam segala bentuknya.
  3. Sunnah Taqririyah iaitu perakuan Rasululullah SAW terhadap kata2 perbuatan para sahabat, sama ada jelas @ hanya bersikap diam & tidak mengingkari kata2 @ perbuatan itu. contohnya, apabila ada seorang sahabat yang memakan daging dhab, Rasulullah SAW hanya mendiamkan diri dan tidak mengingkari perbuatan tersebut.

Antara beberapa sunnah Rasulullah SAW ialah:

1. sentiasa beristighfar, tidak kira sama ada setiap saat, setiap minit

KELEBIHAN:
dengan beristighfar setiap dosa kecil yang kita lakukan akan diampunkan oleh ALLAH SWT. zikir menandakan bahawa kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.

2. banyakkan bersedekah

KELEBIHAN:
Allah SWT sangat menyukai orang yang bersedekah, tambahan pula, malaikat sentiasa mendoakannya.
(semoga orang yang menerima sedekah juga mendoakan orang yang bersedekah)

3. pendidik yang ikhlas serta guru yang membimbing

Rasulullah SAW merupakan seorang pendidik yang harus dicontohi. Baginda sentiasa bergaul dgn cara yang baik sbg sorg saudara yg stiasa merendah diri (tawaduk). Baginda juga seorang guru yang lemah lembut bahkan seorang bapa yang penyayang.

jika ingin mengajar adab kpd shbtnya, Rasulullah SAW mengajukan kata2 yg paling lemah lembut dan paling disukai oleh pendengarnya.

sabdanya:
"Sesungguhnya aku ini umpama ayah kpd kamu semua. jika kamu membuang air besar, maka jgnlah kamu menghadap kiblat atau membelakangi kiblat. "

apabila ingin menyatakan sesuatu Rasulullah SAW akan memperelok dan memperjelaskan kata2nya dan mengulangi lebih dari sekali spy org yg mendengarnya dpt menghafal kata2 itu.

KELEBIHAN:
ilmu yang diajari memberi manfaat terutama sekiranya para pelajar mengamalkannya serta kita sentiasa diingati dan didoakan oleh para pelajar.


PENTINGNYA SUNNAH RASULULLAH SAW
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

3 comments:

picairin said...

good info..=)

iemah said...

tq sudi singgah

Biey said...

saya lum bwat lagi assignment kedua nie.. huhu..

Jom terjah Entri baru !!
AWAS : Bahana Lagu Terbaru Lady Gaga !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...