PETIKAN DRPD KOSMO ONLINE
Perak haramkan tarian poco-poco
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
p/s: bagi penggemar poco2 tu fikir-fikirkanlah sebelum melakukan poco2 ye...
jom kita cipta senaman yg tak melibatkan @ bercirikan agama lain...
buat senaman silat la pulak...senaman tarian bunga silat ke???
tarian juga kan???
satu lagi kalau ada yg mempertikaikan tu, lumrah dunia...manusia tak pernah puas terutama apabila kehendak mereka dihalang...macam2 alasan diberikan utk menghalalkan yang haram...namun, manusia dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk...so, gunakan akal yang Allah berikan utk membuat perkara yang diredhai Allah...
BILA DAH DIHARAMKAN POCO2 TU JGNLAH BUAT YE...
2 comments:
ish, nape kite baru tahu poco2 haram ni,
pasni, kite same2 buat senaman tarian bunga silat tu la ea, hehe :)
tp skrg dh tahu kn poco2 tu haram...
jom sama2 kita buat tarian bunga silat...sblm tu bljr la silat dulu...bkn sj bleh buat senaman tp bleh mempertahankan diri...betul x???
Post a Comment