Followers

Sunday, March 20, 2011

Seorang Maut 6 Parah Bas Rempuh Lori

BERITA TERKINI (TV3)

Seorang penumpang maut, sementara enam lagi parah apabila bas persiaran mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Lebuhraya Utara Selatan dekat Bidor, Perak awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Shariff Mohamad Din, 74 tahun dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, 35 lagi penumpang termasuk pemandu, cedera ringan dalam kemalangan jam 4.50 pagi itu.

Bas terbabit dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai apabila di percayai merempuh belakang sebuah lori.

Pemandu kemudian memberhentikan bas, sambil meminta penumpang turun, apabila sebuah lori lain merempuh pula bas terbabit.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...