Followers

Thursday, March 17, 2011

Mayat Bayi Ditemui Dalam Keadaan Ngeri

BERITA (TV3)

Mayat seorang bayi dijumpai dalam keadaan ngeri dengan semua tangan dan kaki termasuk alat sulitnya hilang dimakan haiwan liar.

Yang tinggal hanya kepala dan tubuh.

Bayi malang dipercayai baru berusia sehari itu ditemui berhampiran tempat pembinaan kontrak di Desa Relau Paya Terubong, Pulau Pinang kira-kira jam 4 petang semalam.

Seorang saksi yang bekerja ditapak pembinaan terbabit, Shamuga Vellu berkata dia pada mulanya menyangkakan mayat itu adalah pokok pisang.

Sejurus penemuan itu dia kemudian memberitahu majikan sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan terbabit.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

p/s: masih ramai yang tak bertanggungjawab, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...