Followers

Tuesday, December 6, 2011

TAFSIRAN WARNA AURA DIRI ANDA...

assalamualaikum dan salam sejahtera



Aura diri adalah satu bentuk tenaga dan ianya akan memantulkan warna yang tersendiri berdasarkan keadaan emosi pada satu-satu masa. Dengan mengetahui erti warna aura diri akan dapat membantu seseorang untuk menguruskan diri dengan lebih baik.

MERAH : Mempunyai semangat yang kuat untuk mendapatkan sesuatu. Walaupun ianya baik namun ia mestilah seimbang. Anda mesti mahir membezakan antara motivasi dan nafsu.

COKLAT : Gangguan dalaman yang menunjukkan bahawa diri anda tidak terurus. Ini memerlukan jangka masa panjang untuk menyelesaikannya. Penyelesaian jangka masa pendek tidak akan membantu anda.

KELABU : Berada di persimpangan diri. Kelihatan seperti normal tetapi bahaya jika memilih jalan yang negatif.

PUTIH : Berkaitan aspek spiritual atau keagamaan. Anda perlu meneliti kembali jalan hidup anda selaras dengan kehendak agama. Anda terlalu mementingkan perkara yang kecil hingga menyebabkan anda kecewa. Keseimbangan diri adalah perlu.

UNGU : Berkaitan aspek spiritual atau keagamaan. Anda berpeluang mencapai tahap kesedaran diri yang tinggi.

BIRU : Tahap kegembiran dan keamanan samada pada fikiran atau tubuh badan. Penting bagi anda untuk membawa diri ke tahap ini semasa anda merasa lemah.

MERAH JAMBU : Bermotivasi tinggi untuk mencapai sesuatu matlamat. Amat kreatif dan berkarisma.

HIJAU : Mempunyai hubungan yang kuat dengan alam. Tenaga anda adalah kuat dan amat menyayangi orang lain.

KUNING : Tahap kegembiraan yang tinggi. Anda berpeluang untuk merasai dan mempamerkan sikap menghargai terhadap semua perkara. Tenaga positif anda boleh mempengaruhi orang lain untuk turut merasa gembira.

OREN : Kehendak melampau untuk menguasai dan mengambil alih sesuatu. Anda sukar menyesuaikan diri dengan orang lain. Oleh itu anda mesti mengawal diri dan berusaha mengurangkan perlakuan ini.

Mengenali dan mengetahui warna aura diri akan membantu anda mengenal pasti masalah yang sedang anda hadapi. Anda boleh mengubah keadaan anda ke arah yang lebih baik.


sumber: di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...