assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ahad (04 disember 2011) saya telah menghadiri seminar tranformasi keluarga pencetus keluarga harmoni...

banyak juga la info yang saya dapat daripada forum dan ceramah yang disampaikan. di sini nak kongsikan sikit la maklumat dalam mendidik anak-anak (w/pun saya pun xkahwin lagi)...
PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
pendidikan
-anak-anak perlu dididik sejak dari dalam kandungan lagi
-anak-anak sudah boleh mendengar apabila berusia 4 bulan dalam kandungan, jadi dengan sentiasa berinteraksi dengan anak dalam perut membantu perkembangan minda anak-anak.
- pemilihan nama yang baik untuk anak-anak supaya anak-anak menjadi seperti yang didoakan
pemakanan
-kaum yahudi - mula memakan kacang untuk pertumbuhan minda bayi dalam kandungan
selepas dilahirkan
-apabila bayi dilahirkan sebanyak 25 peratus minda bayi telah terbina.
-3-5 tahun- masa yang kritikal dalam penyerapan ilmu dalam minda anak-anak. oleh itu, keluarkan kata-kata yang baik dan melakukan perbuatan yang baik supaya anak-anak dapat melihat dan melakukan tingkah laku yang baik melalui penglihatannya.
-jadikan anak-anak umpama ikan di laut yang masin
pada zaman ini kita boleh lihat anak-anak yang menjadi yatim sebelum ibu bapa meninggal dunia. hal ini kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang. semua urusan anak-anak diserahkan kepada pembantu rumah sedangkan anak-anak sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa. hal ini menyebabkan anak-anak memberontak dan memcuba perkara2 yang baru kerana tiada orang menegur kesilapan anak-anak.
kadang-kadang anak-anak melakukan kesilapan atau kesalahan kerana inginkan perhatian. hal ini kerana apabila mereka membuat kebaikan ibu bapa tidak pernah mengambil peduli sebaliknya pula berlaku apabila anak-anak membuat kesalahan menyebabkan ibu bapa memarahinya.
KOMUNIKASI dalam keluarga
bagaimana komunikasi membantu pertumbuhan anak-anak dan mengelakkan anak2 drpd terlibat dengan gejala sosial?
komunikasi umpama bangunan dalam keluarga. sekiranya tiada salah satu komponen dalam bangunan maka runtuhlah bangunan tersebut. oleh itu, ibu bapa harus sentiasa berinteraksi dengan anak-anak agar anak-anak rasa ibu bapa memberi perhatian kepadanya.
APA YANG DIMAHUKAN OLEH ANAK2?
seperti yang dikatakan oleh ummi faizah, anak2 hanya memerlukan 3 perkara daripada ibu bapa iaitu:
1. love (sayang)
2. comfort (selesa)
3. safety (selamat)
- bagi anak2 ketika mereka melakukan kesalahan, ibu bapa ada untuk menegur supaya mereka selamat daripada terjebak ke gejala tidak sihat.
gaya didikan yang sesuai dengan anak2 ialah autoritatif di mana ibu bapa dan anak-anak saling dan boleh diajak berbincang supaya dapat membantu anak-anak daripada terjebak ke dalam gejala tidak sihat.
* IBU BAPA YANG TERBAIK apabila anak-anak boleh menceritakan masalah peribadi dengan ibu bapa.

No comments:
Post a Comment