sebenarnya dah lama aku habis baca buku ni...akhir bulan 12/2010...tapi sekarang baru nak post kat sini...sebab tak tahu nak post apa...otak pun dah blur ngan asgmt yang tak siap lagi.
best juga novel ni...ni bukan novel RAM yang pertama yang aku baca...semua novel RAM semua aku dah baca...ni novel terbaru dia...kiranya aku ni mmg peminat novel dia la...
dari novel pertama dia Tombiruo keluaran alaf 21 hingga novel Rayyan Fantasi ni semua aku dah baca...termasuklah novel RAM yang bukan keluaran alaf 21 seperti igauan maut dan pei pan.
aku ni sebenarnya malas nak tulis sinopsis novel yang aku baca...
tetapi tak tahu la hari ni nak tulis la pulak...
di sini sinopsis novel ni...
ayah aidin sengaja merahsiakan asal usul keturunan aidin. bukan sahaja daripada aidin sendiri tetapi juga daripada mama aidin...hanya datuk aidin (ayah kepada mama aidin) sahaja yang tahu walaupun tak keseluruhannya. hal itu terbongkar pun sebab ayah aidin menyelamatkan nyawa datuk aidin daripada maut (penyakit paru2).
aidin ni membesar sebagai manusia yang sihat tanpa ada sebarang penyakit...malah tak pernah demam langsung...begitu juga dengan ayah aidin...ini menghairankan mama aidin...
sehinggalah pada suatu hari aidin pengsan dan disahkan mengidap barah otak tahap empat (masa tu aidin belajar kat UKM dan telah bertunang dengan Feena)...
disebabkan aidin fikir dia akan mati maka dia telah senaraikan apa yang ingin dia lakukan pada bulan terakhir kehidupannya...salah satunya adalah untuk mendaki gunung Kinabalu...hasrat aidin tercapai...namun begitu, semasa ingin turun dari Gunung Kinabalu aidin hilang...
aidin muncul kembali setelah 5 tahun berlalu (dan masa tu banyak dah berubah)...
beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku dan aidin dikaitkan dengan pembunuhan itu.
ingin mengetahui keseluruhan cerita,
apa yang berlaku pada aidin,
siapa sebenarnya asal usul aidin dan ayahnya,
di manakah aidin menghilang dan
siapakah yang melakukan pembunuhan ngeri ini
saya sarankan anda membacanya...
No comments:
Post a Comment