apa yang paling tajam di dunia???
adakah pedang???
kerana dapat menikam dan membunuh...
adakah pisau???
yang digunakan di dapur dan sebagainya...
adakah gunting???
yang digunakan untuk menggunting rambut n kain...
adakah jarum???
yang dapat menjahit...
adakah pedang???
kerana dapat menikam dan membunuh...
adakah pisau???
yang digunakan di dapur dan sebagainya...
adakah gunting???
yang digunakan untuk menggunting rambut n kain...
adakah jarum???
yang dapat menjahit...
(brp byk adakah la)
sesuatu yang amat tajam adalah lidah. lidah adalah organ manusia yang amat berbahaya ibarat pisau kerana kita perlu berhati-hati menggunakannya...
seperti ayat di bawah:
"Engkau merancangkan penghancuran, lidahmu sepeti pisau cukur yang diasah,..." Mazmur 52:4
seperti juga pepatah melayu:
"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".
madah ulama' pula:
"Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).
"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).
lidah mampu membinasakan sesebuah negara, ummah, persaudaraan...
selain itu lidah juga mempunyai 17 bahayanya...
17 bahaya lidah adalah:
- kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
- kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
- adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
- lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
- satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
- kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
- mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
- gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
- bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
- terlalu banyak bergurau dan bersenda.
- suka menghina orang lain.
- menyebarkan rahsia.
- berjanji lalu mendustai janji itu.
- akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
- mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
- menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
- memuji yang melampau-lampau.
SUDAH TAHU BAHAYA LIDAH???
Oleh itu, gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya...lidah yang dikurniakan Allah kepada kita adalah untuk kita menggunakannya ke arah kebaikan, bukan ke arah kemaksiatan.
gunakanlah lidah untuk:
• berzikir,
• membaca al-Quran,
• menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah,
• berdoa, berkomunikasi dengan Allah dan manusia untuk menyampaikan hasrat dan atau memohon hajat yang diredai Allah, yang diharuskan oleh syar'i .
No comments:
Post a Comment