Followers

Wednesday, December 1, 2010

KUKU



YA ALLAH...
dah berhabuk n berdebu blog ni...nmpk sgt dh lama x update...nk bt mcm mana busy n xsempat (alasan aje ni).
lps aje kuliah 14 minggu tamat...cuti study week 1 minggu n tambah lagi cuti raya haji 2 minggu...3 minggu kt kg...kg mana ada internet...kemudian busy dengan final exam
FINAL EXAM HARUS DIUTAMAKAN

tengah dok syok taip untuk post blog ni, dok fikir2 la jg nak masukkan apa entry kali...lps 2 terpandangkan kukuku yang sudah panjang ni...baru minggu lepas potong dah panjang...so entry kali ini bertajuk:

KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin dan Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.





CARA YANG BETUL MEMOTONG KUKU

Mulakan pada tangan kanan. Kuku dipotong dimulakan dari jari telunjuk tangan kanan. Kemudian jari tengah, jari manis, jari kelengkeng . Untuk tangan sebelah kiri pula, mulakan dari jari kelengkeng tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari tangan kiri. Yang terakhir barulah potong kuku ibu jari tangan kanan anda.

CARA MEMOTONG KUKU KAKI

Dimulai dari kelengkeng kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelengkeng kaki kiri yang terakhirnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...