Itulah yang dapat digambarkan dalam fikiran aku...dah lama aku tak update blog ni...
letih, penat, geram, semua perasaan negatif bercampur baur sepanjang minggu ini... apa taknya, paper work yang telah disiapkan dan dihantar ke fakulti tiba2 hilang...bukan hilang di tangan ahl8 kumpulan kami, tetapi di tangan pihak sana...adakah ini salah kami? adakah pengurusan di pihak sana tidak sistematik dan kurang cekap...entahlah, hanya Allah sahaja yang tahu. yang pastinya, ramai ahli kumpulan aku yang marah, tapi inilah yang dinamakan dugaan dan cabaran. Kalau kita tak tak hadapi dugaan tak namanya kehidupan...
Tetapi, aku harap pihak di sana dapat mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. sekiranya perkara ini tidak diperbaiki, kemungkinan bukan sahaja kami yang menjadi mangsa tetapi juga orang lain.
Aku harapkan peristiwa ini memberi pengajaran kepada pihak-pihak yang lain agar pengurusan mereka lebih sistematik. memang kita tak dapat terlepas daripada melakukan kesilapan, tetapi semua itu boleh diperbaiki...INSYAALLAH
No comments:
Post a Comment