Followers

Wednesday, July 28, 2010

DUGAAN...

Itulah yang dapat digambarkan dalam fikiran aku...dah lama aku tak update blog ni...
letih, penat, geram, semua perasaan negatif bercampur baur sepanjang minggu ini... apa taknya, paper work yang telah disiapkan dan dihantar ke fakulti tiba2 hilang...bukan hilang di tangan ahl8 kumpulan kami, tetapi di tangan pihak sana...adakah ini salah kami? adakah pengurusan di pihak sana tidak sistematik dan kurang cekap...entahlah, hanya Allah sahaja yang tahu. yang pastinya, ramai ahli kumpulan aku yang marah, tapi inilah yang dinamakan dugaan dan cabaran. Kalau kita tak tak hadapi dugaan tak namanya kehidupan...

Tetapi, aku harap pihak di sana dapat mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. sekiranya perkara ini tidak diperbaiki, kemungkinan bukan sahaja kami yang menjadi mangsa tetapi juga orang lain.

Aku harapkan peristiwa ini memberi pengajaran kepada pihak-pihak yang lain agar pengurusan mereka lebih sistematik. memang kita tak dapat terlepas daripada melakukan kesilapan, tetapi semua itu boleh diperbaiki...INSYAALLAH

Sunday, July 25, 2010

BERITA TERGEMPAR

Pembaca berita: Berita tergempar tentang fenomena alam yang ganjil semakin tersebar di sana sini. Setelah hujan renyai-renyai pagi tadi, penduduk sekeliling tercari-cari pelangi yang biasanya muncul di tengah panas setelah hujan. Apa yang sudah terjadi? Di manakah pelangi?

Narrator: Kisah ini kisah warna.

Merah rupa-rupanya sedang berada di gurun. Selesa di sana katanya. Sesuai dengan jiwanya yang agresif, panas dan pantas. Dia membakar pasir-pasir gurun hinggakan kulit pelancong-pelancong yang putih-putih terbakar menjadi merah.

Jingga pula berada di pertunjukan fesyen untuk memperagakan fesyen terkini musim panas. Tahun lepas dia sudah memenangi anugerah feseyen terbaik peringkat cakerawala. Kerlipan flash kamera menyimbahi wajahnya. Para wartawan berebut-rebut menemuramah untuk publisiti.

Lain pula halnya dengan kuning. Dia baru sahaja menandatangani kontrak sebaga maskot DiGi. Sungguhpun mesra, namun ramai yang rimas dengan kehadirannya. Dialah penghubung bicara, dia juga pemutus cinta.

Hijau bertapa di kubah masjid yang terletak jauh di dalam rimba. Tenang, tenteram, tanpa gangguan. Juga tanpa keluarga dan kawan-kawan.

Biru bergelora dengan dunianya sendiri. Haru-biru, hiruk-pikuk, namun tetap sendiri. Hanya ditemani nelayan-nelayan dan pemancing-pemancing di tengah lautan.

Indigo dulu pernah popular dengan lagunya, "Andai Kau Pergi". Pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini. Namun kini, dia telah ditinggalkan. Dia kini sendiri. Sepi tanpa ada yang memerhati. Sunyi menunggu mati.

Ungu. Dialah punca segalanya-galanya. Dek kerana cemburu dirinya selalu diakhirkan, dia pisahkan semua warna. Pelangi hilang kerananya. Bak kata pepatah, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Si kecil menunggu pelangi yang dijanjikan ayahnya. Kata ayah, pelangi akan muncul setelah hujan. Namun hampa. Dia bertanya kepada Sang Matahari di mana mereka?

Si kecil: Sang Matahari, di mana pelangi? Ke mana mereka? Satukanlah mereka! Biarlah mereka hidup bersama!"

Narrator: Sang Matahari mengambil peranan. Dipanggilnya semua warna untuk diberikan pedoman.

Sang Matahari: Duhai warna-warna sekalian! Ke mana kamu semua? Kenapa terlalu fikirkan diri sendiri? Kaliankan pelangi! Yang menjadi penyeri selepas ribut. Menenangkan hati yang kalut. Merehatkan mata yang serabut.

Bersatulah! Warnai hidupmu dengan ikatan persaudaraan!

Narrator: Mereka akhirnya tersedar. Kembali bersama. Mereka sedar tiada pelangi tanpa salah satu dari mereka. Mereka saling melengkapi. Allah menjadikan mereka sesempurna ini, kenapa mereka ingin tergolong dalam golongan yang rugi?

Thursday, July 22, 2010

PROMOSI







Di atas adalah gambar2 pasar mini anak2 yatim Daerah Sik, Kedah... Sesiapa yang berkunjung ke Sik, silalah datang untuk membeli barang di samping menderma untuk anak2 yatim (RUMAH GEMILANG, SIK)...

Monday, July 19, 2010

CUTI SEM





gambar-gambar semasa di rumah paklong dan maklong serta rumah gemilang

Balik kg masa cuti sem memang membosankan...sbb xda keja nk buat. So, aku ada la niat nak pegi rumah gemilang untuk melawat adik-adik aku. tapi, dalam masa dok niat tu, kawan aku, ratifah tepon aku. dia ajak aku pi rumah gemilang. Tak sangka pula hati kami ni sama. maklumlah, dibesarkan di tempat yang sama. Lepas tu kami janji nak pi sama la ke sana dengan menaiki motosikal.

Sebelum kami pi rumah gemilang, kami ke rumah pak long dan maklong. maklumlah, rindu...lama tak jumpa depa. Kat sana, kami dijamu macam-macam...pulut, durian, nasi...sampai tak larat nak makan. Nasib kami sebab kami pi waktu musim durian. ALHAMDULILLAH...

Selepas tu baru kami pi rumah gemilang. Seronok juga jumpa adik-adik. Ada yang kami kenal dan ada yang tak kenal sebab baru masuk... kami berada di sana selama 1 hari 1 malam saja. mana boleh tinggal lama-lama...nanti emak pula rindu terutamanya budak kecil kat umah tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...