Followers

Thursday, September 22, 2011

BERSEDIAKAH AKU?

Pertama kali ku melangkah kaki ke sekolah ini, perasaan aku bercampur baur. Macam-macam aku fikirkan.

'bersediakah aku untuk menjadi guru?'
'sesuaikah aku untuk menjadi seorang guru?'
'bagaimana penerimaan guru2 dan murid2 dengan kedatangan kami?'

bermacam2 persoalan timbul di benakku.

dari pintu pagar sekolah, aku kagum melihat para pelajar yang agak berdisiplin. Apabila tiba di pintu pagar sekolah, pelajar yang menaiki basikal akan turun dan sama2 berjalan.

'ikut peraturan juga budak2 ni' aku bermonolog sendiri.

Kakiku terus melangkah masuk ke kawasan sekolah, mencari-cari papan tanda yang menunjukkan arah ke pejabat. setelah aku menjumpainya, aku bersama kawanku Aini terus menuju ke pejabat. Kehadiran kami disedari oleh guru2 di sana. Mereka menerima kami dengan agak baik. Tambahan pula, minggu ini merupakan minggu peperiksaan pertengahan tahun. melihat para pelajar ini, teringat zaman aku berada di sekolah. Selepas itu, seorang demi seorang bakal2 guru tiba di pejabat. Semuanya tidak aku kenali walaupun kami dari universiti yang sama.

Tiba2 kami dikejutkan dengan kedatangan pengetua. Apa taknya, pengetua di sekolah ini sangat ramah dan mesra. Bukan sahaja pengetua malah guru2nya. Tetapi tak pasti pulak pelajarnya sebab belum bertemu mereka lagi.

Kami semua diarahkan untuk masuk ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat yang akan diberikan oleh pengetua. Maklumlah guru baru. Sementara duk tunggu pengetua n the geng masuk, kami sempat berkenalan antara satu sama lain. Tak sangka pula, jumlah kami agak ramai iaitu 11 orang (2 lelaki n 9 perempuan), maklumlah sebelum ni hanya sekurangnya 5 orang guru diterima untuk menjalani praktikum di sesebuah sekolah.

"huhuhu', bab ni aku paling malas ni...dengar taklimat. Boleh buat aku mengantuk.

Tak apa la, sekurang2nya aku tahu tentang sekolah ni.

Pengetua sekolah ni pun tak lama lagi akan bersara. Dia hanya bagi sikit taklimat n perkenalkan diri dia la, lepas tu dia serahkan kami ni kepada Penolong Kanan pula.

PK atau aku panggil Cikgu din la senang. Mula2 tengok takut juga la. Muka garang, mungkin sebab dia bekas tentera. Tapi ok je dia. Kami semua perkenalkan diri juga la ' sesi ice breaking la katakan'.

Lepas dengar taklimat tu, kami dibenarkan untuk pergi meronda kawasan sekolah. apa lagi, peluang diberi jangan dipersiakan, sementara kerja tak ada ni.

rombongan cikgu praktikum ke kawasan sekolah, bilik guru, bilik kaunseling, kantin. Sempat juga la berkenalan ngan beberapa orang cikgu. Ada yang mesra alam dana ada yang mesra ... (aik, kutuk ke apa ni aku ni?) Bila pi bilik kaunseling sempat jumpa kaunselor2 n 2 orang senior aku yang akan tamat praktikum 25 Mei.

'huhuhu, jeles aku dengan depa ni'. aku baru nak mula, depa dah nak habis.

Hari pertama kat sekolah ni bosan juga bila tak da keja. Nak buat apa pun tak tahu.

"hangpa ada keja tak, kalu tak dak bleh masuk kelas ni?" terkejut kami semua dengan salam tak bagi...huhuhu, nasib tak dak sakit jantung.

tu la tugas kami, guru2 praktikum, kena ganti kelas jaga exam budak2. Tak tahu lah ke mana guru2 lain.

Uh...masuk kelas, mula2 okla...lepas tu macam2 perangai budak2 ni nak menguji kita. Ada yang cuba nak tiru la, ada yang asyik keluar masuk tandas la, berubah tempat la.

'isk...isk, depa ni memang sengaja nak uji aku ke ni?' bengang aku ngan budak2 ni.

yang tak tahannya, bleh pulak...

"cikgu, cikgu nama apa?" budak ni tak reti mengeja ke, name tag aku tulis nama aku pun dia bleh tanya lagi nama apa. Yang aku geram bleh plak bercakap masa exam. Macam la tak da masa lain lagi.

Tak la penat sangat hari pertama kat sekolah. Rupa2nya sekolah ni menyeronok juga ye....

BERSAMBUNG

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...