10 Oktober : Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
2009
26 Disember: 10 maut setelah bas ekpress 2 tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang. Berita lanjut, klik di sini.
14 April: Enam termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang.
2008
8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.
2007
15 Ogos: Dua puluh termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping.
2006
31 Julai: Sebelas maut dan 35 cedera termasuk sembilan parah apabila bas pesiaran yang mereka naiki untuk menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne’s di Bukit Mertajam, terbalik di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi
2005
28 Mac: Lima penumpang bas ekspres maut manakala enam lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu, Sarawak.
2004
24 Disember: Lima orang, termasuk dua pelancong asing terbunuh, manakala 17 lagi parah apabila sebuah bas ekspres Kurnia Bistari terhumban ke gaung sedalam 25 meter di Kilometer 12, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Pos Slim, Ipoh.
2003
1 Disember: Empat belas terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas sekolah yang dijadikan bas tambahan sempena Aidilfitri dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment