Followers

Monday, November 9, 2009

KISAH SEPOHON EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sepohon epal. Ali gemar bermain-main di sekitar pohon epal. Dia memanjat, memetik dan memakan buah epal. Adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Ali begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai Ali. Ali sudah besar remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. Pohon epal gembira lalu mengajaknya bermain tetapi Ali menolak kerana dia perlukan wang untuk membeli permainan. Pohon epal menyuruh Ali memetik epal-epal lalu menjualnya di pasar. Ali dengan gembiranya memetik semua epal di pohon itu dan pergi dari situ. Pohon epal berasa sedih namun Ali gembira kerana mendapat wang untuk membeli permainan. Suatu hari Ali telah dewasa. Dia datang kepada pohon epal itu lalu merungut tidak cukup wang untuk membeli rumah. Pohon epal mencadangkan supaya ditebang dahan-dahannya lalu dijual untuk mendapatkan wang. Ali gembira tetapi pohon epal bersedih kerana Ali sudah tidak mahu bermain dengannya lagi. Beberapa tahun kemudian, Ali datang lagi. Ali menceritakan dia ingin belayar untuk mencari ilmu. Pohon epal meminta Ali memotong batangnya untuk dibuat perahu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju ke pohon epal itu. Dia adalah Ali yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu. Pohon epal itu menyambutnya dengan penuh kesedihan. Pohon epal itu memberitahu Ali bahawa dia sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan. Yang tinggal hanyalah tunggul dengan akaryang hampir mati. Ali mengatakan bahawa dia tidak mahu apa-apa lagi kerana dia sudah tua. Dia cuma mahu bersama pohon epal itu untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupannya. Ali pun duduk berehat di perdu pohon epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...