Followers

Wednesday, October 5, 2011

Ekspektasi VS Persepsi

assalamualaikum dan salam sejahtera...

ekspektasi n persepsi...

siapa tahu apa perbezaan kedua-dua perkataan itu? mungkin ramai yang tahu n sedikit aje yang tak tahu. yang tak tahu tu mungkin terlepas pandang. ok, tambah berlengahkan masa, jom kita lihat maksud untuk kedua-dua perkataan tersebut.

EKSPEKTASI
- harapan awal
contohnya, apabila kita ingin bekerja, kita mesti mengharapkan bakal majikan kita itu seorang yang boleh baik serta kita akan selesa bekerja di bawah beliau. selain itu, harapan kita dengan bakal rakan sekerja kita agar rakan dapat bekerjasama dengan baik.

PERSEPSI
-tanggapan awal
contohnya, apabila kita mendengar tentang salah seorang pelajar di sekolah kita yang belum kita kenal bahawa dia seorang pemalas, suka ponteng dan suka melawan guru, mesti tanggapan kita pada pelajar tersebut negatif, sedangkan kita belum bertemu dengan pelajar tersebut.

itulah perbezaan ekspektasi dan persepsi, kalau ada yang nak tambah silakan...

WASSALAM

Tuesday, October 4, 2011

siapa bz....angkat kuku?

assalamualaikum...

skrg ni mungkin semua2 student2 U bz kan? buat asgmt...sama la kita, tambah2 yang bdk2 yang dh sem akhir, mesti semua tengah pulun nk siapkan tesis... di samping asgmt2 lain yang semakin bertimbun n rasa tak cukup tangan aje nak buat kn?

buat semua, selamat menyiapkan asgmt ye...

wassalam

Saturday, October 1, 2011

HERO



assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam aku baru shj tamatkan novel HERO, karya HILAL ASHRAF. Seronok juga novel dia. Aku baru pertama kali baca novel dia. Sebelum ni aku hanya layan novel RAMLEE AWANG MURSHID je. Tak sangka pula, macam mana aku boleh beli novel HERO ni, mgkin sinopsis dia yang menarik menyebabkan aku tertarik utk mbeli, padahal baru kali pertama aku tengok novel tu n aku tak pernah kenal n tahu pun penulis tu.




Tetapi semalam, bila aku mula baca novel tu dari awal hingga penamatnya, baru aku tahu banyak daya tarikan novel ni atau gaya penulisan penulis ni. Novel ni mempunyai aksi, cinta, komedi dan bersifat Islamik. Ok, jom kita tengok sinopsis HERO ni.

Hero mengisahkan tentang Amir Faheem Bin Amir Muiz yang terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna bagi menyelamatkan harta warisan keluarganya mengikut wasiat ayahnya. Dalam masa yang sama Afam terpaksa menyembunyikan identitinya sbg HERO yang menjadi penyelamat Kota Raya Angsana daripada pengetahuan isterinya. HERO merupakan seorang perokok tegar dan tidak pernah mendirikan solat. Hal ini menyebabkan Hero terperangkap dalam perkahwinannya.

Kemunculan musuh baru menyebabkan Hero menganggap perjuangannya selama ini hanya sia-sia. Selain perlu menentang Syaitan Bertopeng, hero juga terpaksa berhadapan dengan Akuma. Hero merasa dihimpit dengan semua itu dalam menyelamatkan Kota Raya Angsana.

BERJAYAKAH HERO MENYELAMATKAN KOTA RAYA ANGSANA? BAGAIMANAKAH HERO MENANGANI KONFLIK DALAM JIWANYA?


Semuanya akan terjawab dalam novel HERO...

WASSALAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...