Followers

Thursday, September 30, 2010

HAMAN

Assalamu 'Alaikum,

Sebutan Fir'aun bererti raja bagi zaman Mesir kuno. Banyak Fir'aun yang bersilih-ganti memerintah kerajaan Mesir kuno. Di zaman Nabi Musa, hidupnya seorang Fir'aun yang sangat zalim. Kezalimannya amat hebat sekali, tetapi ahli sejarah bangsa Bani Israel tidak pernah catat nama Fir'aun itu. Tentu sekali dia mempunyai nama tertentu. Al-Qur'an sendiri tidak menyebut nama Fir'aun itu.

Dikatakan tidak perlu disebut nama Fir'aun zaman Nabi Musa kerana jika terdapat nama itu dalam Al-Qur'an, tentu manusia zaman moden ini akan pertikaikan nama itu dan menjadikan penat umat Islam memikirkan bagaimana hendak menjawab orang-orang yang anti-Islam. Kebetulan juga nama itu tidak tersebut dalam kitab Bible.

Yang menghairankan kita ialah kenapa nama seorang menteri di zaman Nabi Musa disebut sebagai Haman. Kenapa nama itu begitu penting disebut dalam Al-Qur'an? Sedangkan nama menteri yang mengambil Nabi Yusuf sebagai anak angkat tidak juga disebut namanya dalam Al-Qur'an, hanya dikenali sebagai Al-Aziz.

Dalam Bible menteri itu dipanggil Potiphar. Nama Haman dalam Al-Qur'an disebut sebanyak 6 kali..dalam ayat-ayat (28:6),(28:8),(28:38),(29:39),(40:24) dan (40:36). Satu contoh ayat ialah, Dan berkata Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu (syurga)..[Al-Mu'min (40):36]

Perhatikan ayat di atas tentang kata-kata Fir'aun sebagai mempersenda ajaran Nabi Musa. Kata-katanya adalah senda-gurau padahal dia tahu dia tidak mampu membuat bangunan setinggi itu. Manusia macam Fir'aun sentiasa mencari dalih untuk menolak kebenaran yang ditunjukkan oleh Nabi Musa. Dalam ertikata lain dia adalah manusia yang suka memperolok-olokkan hukum-hakam ugama.

Apa bezanya manusia zaman ini. Fir'aun moden memang banyak. Memang Fir'aun zaman Nabi Musa sudah lama mati..tetapi Al-Quran menjadikan dia sebagai satu iktibar, seorang raja atau pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk menolak perlaksanaan hukum dan peraturan ugama.

Kembali kepada persoalan nama Haman. Dia adalah salah satu contoh orang mempunyai kuasa politik. Dia mengikut saja apa kata "boss"nya Fir'aun. Bukan setakat itu sahaja, dia mempunyai kepentingan duniawi dan mengampu bossnya. Haman adalah contoh menteri yang tidak jujur. Dia tahu bossnya zalim, dia sendiri setuju bersama bossnya membuat kezaliman. Inilah satu pengajaran bahawa apabila seorang menteri itu jahat, ia akan memberi galakan dan semangat kepada bossnya lebih ghairah membuat kezaliman dan kejahatan.

Mungkin dalam Al-Qur'an diulangi sebanyak 6 kali sebutan "menteri" Haman tentang bala dan bahaya kita memilih orang-orang yang jahat menjadi pemimpin. Ini adalah amaran daripada Allah sendiri.

Dalam zaman moden ini, bukan saja pemimpin-pemimpin macam "Fir'aun" ini ramai, malahan "menteri-menteri" macam Haman pun ramai juga. Oleh itu awasi orang-orang macam Haman, singkirkan mereka, bukan setakat Fir'aun bahkan Haman bersekali. Singkirkan mereka semua.

Sunday, September 26, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN...





hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku dan juga mungkin terdapat ramai lagi kawan2 aku dan seluruh umat manusia yang menyambut hari ini. hari ini merupakan hari ulangtahun aku yang ke 22... tak sangka aku, aku dah hidup dalam dunia ini lebih daripada 22 tahun (termasuk jam, minit dan saat).

hari ini juga aku berfikir apa yang aku lakukan sepanjang 22 tahun aku hidup ini...
adakah aku anak yang baik??? sentiasa berbakti kepada orang tua???
adakah aku pernah menderhaka pada orang tua dan memohon maaf kepada mereka???
adakah aku ni seorang yang nakal???
pernahkah aku memohon maaf pada orang lain, yang pernah aku buat salah padanya???
pernahkah aku menyakiti hati orang lain???
pernahkah aku memaafkan kesilapan orang lain???

dan yang terpenting...

ADAKAH AKU SEORANG YANG TAAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN MELAKUKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA...

fikir-fikirkanlah....

SELAMAT HARI LAHIR
KEPADA AKU DAN SEMUA YANG MENYAMBUT HARI LAHIR PADA HARI INI....

Friday, September 24, 2010

MUTIARA KATA





Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

Tuesday, September 21, 2010

RASULULLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Saturday, September 4, 2010

BENARKAH HAMAN SEORANG MENTERI KERAJAAN FIRAUN?

Nama Haman disebutkan sebanyak enam kali di dalam Al-Quran al-Kareem. Namanya juga dikaitkan dengan Firaun sebagai seorang yang berjawatan penting. Dia telah diarahkan oleh Firaun untuk membina sebuah bangunan yang tinggi bagi membolehkan beliau berjumpa dengan ‘Tuhan Musa’ kononnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأسْبَابَ (٣٦)أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ (٣٧)

("Dan berkatalah Firaun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu,
(yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta". Demikianlah dijadikan Firaun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Firaun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian") (al-Ghafir: 36-37)


Nama Haman tidak dinyatakan di dalam Taurat atau di mana-mana lembaran kitab suci agama lain apabila menceritakan tentang Nabi Allah Musa as kecuali hanya sebuah kitab yang menyatakannya iaitu Kitab ‘Old Testament’. Walau bagaimanapun, di dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa Haman adalah merupakan seorang pembantu Raja Babilion, sedangkan kerajaan Babilion mula bertapak di Iraq hanya 1100 tahun selepas zaman Nabi Musa as.

Bagi mereka-mereka yang menganggap bahawa Al-Quran merupakan kitab yang direka dan dikarang sendiri oleh Nabi Muhammad SAW, dan kisah-kisah umat terdahulu telah disalin daripada kitab Taurat dan Injil. Pada sangkaan mereka, Muhammad SAW telah tersilap tentang Haman kerana mengatakan bahawa dia adalah seorang menteri kepada Firaun sedangkan yang sebenarnya dia adalah seorang penolong Raja Babilion.

Akhirnya ilmu arkeologi telah membuktikan bahawa Al-Quranlah yang lebih benar sekaligus menyangkal dakwaan mereka. Setelah para ahli arkeologi tersebut dapat membaca tulisan hieroglyph (tulisan Mesir purba), maka di situ tercatatlah nama Haman serta pekerjaannya. Tulisan tersebut yang berada di Muzium Hof, Vienna menyebutkan bahawa Haman adalah seorang ‘ketua kerja-kerja binaan batu’ dan seorang lelaki daripada ‘Kerajaan Baru’ (The name is listed as masculine, from the New Kingdom. The profession translated into German reads Vorsteher der Steinbruch Arbeiter: The Chief / Overseer of the workers in the stone quarries).

Maklumat ini tidak mungkin dapat diketahui pada zaman Rasulullah SAW, kerana tulisan hieroglyph telah lupus ditelan zaman dan kembali digunakan kali terakhir pada tahun 394Masihi. Kemudian ianya dilupakan sehingga tiada seorang pun yang mampu membaca dan memahaminya sehinggalah pada tiga ratus tahun kebelakangan ini. Ini berlaku setelah penemuan batu rosetta (Rosetta Stone) pada tahun 1799M. Batu yang berusia ribuan tahun semenjak dari tahun 196 Sebelum Masihi telah menyingkap banyak sejarah Kerajaan Mesir Purba dari segi agama, ekonomi, masyarakat, dan lain-lain. Maka dari situlah juga terungkap siapakah sebenarnya Haman serta pekerjaannya. Tepat sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitab suci kita Al-Quran al-Kareem.

Dari manakah datangnya segala pengetahuan ini kepada Nabi Muhammad? Sedangkan tulisan tersebut telah hilang ditelan zaman dan dilupakan. Nama Haman juga telah dilupakan oleh para ahli kitab dan hilang daripada catatan sejarah. Ianya disebutkan kembali setelah Al-Quran diturunkan 12 kurun sebelum para ahli arkeologi menjumpai Batu Rosetta dan mampu memahami dan membaca tulisan hieroglyph.

Setelah mampu membaca tulisan tersebut, maka tebuktilah bahawa Haman merupakan salah seorang menteri Firaun yang bertugas dalam kerja-kerja pembinaan. Justeru menafikan bahawa Al-Quran direka dan dikarang oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Malah sumbernya tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah SWT, Tuhan yang maha Mengetahui segala sesuatu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...