Followers

Saturday, December 31, 2011

di manakah kita?

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni 31 disember 2011, beberapa jam lagi akan masuk permulaan tahun masihi 2012.
macam2 persediaan orang buat,
ada yang sambut dengan bunyikan mercun,
ada yang sambut dengan nyanyian,
ada yang membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa,
ada yang sambut dengan membuat kemaksiatan,
ada yang sambut dengan penuh kesyukuran yakni untuk mencari keredhaan Allah SWT.

di manakah kategori kita?

gunakan akal yang diberikan Allah SWT dengan sebaiknya

Tuesday, December 27, 2011

Senang ke jadi cikgu?

Sape kata jadi cikgu SENANG?
Bila kamu jadi cikgu..Baru kamu tau
susahnye jadi cikgu..
time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE..
time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd
DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd
PENYANYI..
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU..
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd
TUKANG SAPU..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd
MASTERCHEF..
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA
PASAR MALAM..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK..
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK
SARKIS..
Time budak HISTERIA...CIKGU JADI TOK BOMOH..
Semuanya ada pada CIKGU =]

Monday, December 26, 2011

Alhamdulillah

assalamualaikum salam sejahtera...

baru selesai makan tengah malam...

lewat sungguh la makan, apa taknya dah malam2 lapar makan aje lah nasi.
tu pun baru masak nasi n buat lauk sardin.
hari rezeki lebih pulak (ALHAMDULILLAH) ada orang bagi ayam masak kicap n telur masin, apalagi makan ajelah...
walaupun makan tengah malam dgn kawan 2 serumah, sebab semua pakat2 lapaq sebab asyik sangat dengan asgmt...

Alhamdulillah, malam ni itulah rezeki yang diberikan ALLAH SWT.


Sunday, December 25, 2011

mari belajar mathematic yang mudah!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% ♥sumber: di sini

Thursday, December 22, 2011

What should Yuna call her new song? #nowyoucan tell her!

What should Yuna call her new song? #nowyoucan tell her!: This is what people-power is all about! Yuna needs a name for her new single and someone to co-star with her in her new music video! Be part of this Hotlink #nowyoucan movement by submitting a title for Yuna's new single and your video!

Tuesday, December 20, 2011

salah siapa?

assalamualaikum dan salam sejahtera...

salah siapa sebenarnya?

sana-sini duk sibuk pasal kes mahasiswa menurunkan bendera kat PWTC. macam2 hal...
nak kata aku menyokong jauh sekali, nak kata aku membantah pun jauh panggang dari api.

cuma sebelum menuduh kita perlu siasat dulu...bukan kerana mahasiswa tu satu U dengan aku, aku kata macam tu...

sebagai manusia kita tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga mahasiswa tersebut. mungkin dia tersilap langkah atau dia ada sebab tersendiri untuk melakukan perkara tersebut (Statement mcm sokong aje ni)...

aku dah kata aku tak sokong atau membantah, maksudnya aku tak sokong mana2 pihak.

SEBENARNYA AKU CUMA NAK KATA (PENDAPAT AKU)

sekiranya anak muda melakukan kesilapan, sebagai orang tua atau yang lebih berpengalaman perlu memberikan nasihat atau tunjuk ajar, tetapi kenapa perlu mengeluarkan kata2 kesat.

sekiranya kata2 kesat yang mereka keluarkan itu mencemuh orang yang lebih muda, maka mereka bukan akan ditakuti malah menjadi ikutan...sebab apa? sebab orang tua boleh buat kenapa orang muda tak boleh buat...

knp berlaku macam ni?

tak tahu (yang itu aje aku tahu)...

apa kata keluarkan kata2 yang baik untuk menasihati orang muda, bukan dapat dosa pun tapi dapat pahala.

knp perlu keluarkan kata2 kesat sehingga sanggup .........???

FIKIR2KANLAH



Monday, December 19, 2011

TIPS MENGHILANGKAN RASA MENGANTUK



assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ini nak kongsikan tips bagi menghilangkan mengantuk...almaklumlah waktu tak cukup tidur sbb siapkan agmt (tambah2 bila ada perlawanan bola sepak, lagilah lambat tdur kan?


TIPS MENGHILANGKAN RASA MENGANTUK

1. Hampiri kawasan bercahaya
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.

2. Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.

3. Wangian aromaterapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.

5. Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

sumber: di sini


p/s: kalau tak hilang juga mengantuk, susah2 sangat tidur la kat la senang...mcm gambar kt bawah ni kan?




Sunday, December 18, 2011

BLOG BARU AKU

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ini aku baru sahaja membuka dan merasmikan (betul ke?) blog terbaru aku yang berkaitan dengan dunia bimbingan dan kaunseling. aku pun tak terfikir sebenarnya nak buat blog baru ni tapi setelah difikir-fikir (aik, td kata x terfikir, pening2), blog aku yang ni terlalu banyak campur aduk pelbagai perisa so, bagi memudahkan aku sebenarnya untuk mengepost entry, aku wujudkan blog terbaru ni...

JADI, KEPADA SEMUA YANG INGIN ME'FOLLOW DAN MEMBACA ENTRY BLOG TERBARU AKU NI...

SILALAH KLIK DI SINI

Thursday, December 15, 2011

lokasi: PC 15

assalamualaikum dan salam sejahtera...

LOKASI: PC15

MASA: 8.00 - 10.00 AM

SEBAB: TENGOK KWN2 PRESENT TESIS...

(sebenarnya main facebook n blog..hehehe)

Wednesday, December 14, 2011

mood: TERSANGAT LEGA...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

fuh..tersangat legala hari ini...

eh lupa pulak...

ALHAMDULILLAH, sebab ALLAH telah memudahkan aku...

nak tahu sebab apa?

baru lepas present tesis...
walaupun banyak kena soal tetapi...
tetap bersyukur sebab dah lepas ...

TERIMA KASIH KEPADA LECTURER YANG TELAH MENILAI AKU UNTUK PEMBENTANGAN TESIS DAN TAK LUPA JUGA KEPADA PENYELIA TESIS AKU...

BARU HABIS PRESENT, TESIS TAK SIAP LAGI...

JOM, NAK SIAPKAN TESIS DULU...

WASSALAM..

Sunday, December 11, 2011

kiamat

assalamualaikum dan salam sejahtera...

masih ingat kiamat 2012?

emm JANGAN percaya dlu...
akan tetapi...
Kiamat menurut Agama Islam
... ... ...

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita bisa kirim ribuan msj mesra, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"

Dan apakah masih berpikir 2x untuk menyebarkan msj ini??!
*Tolong sebarkan kepada kawan kawan . Tq ...

Tuesday, December 6, 2011

SEMINAR TRANFORMASI KELUARGA

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ahad (04 disember 2011) saya telah menghadiri seminar tranformasi keluarga pencetus keluarga harmoni...

banyak juga la info yang saya dapat daripada forum dan ceramah yang disampaikan. di sini nak kongsikan sikit la maklumat dalam mendidik anak-anak (w/pun saya pun xkahwin lagi)...

PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

pendidikan
-anak-anak perlu dididik sejak dari dalam kandungan lagi
-anak-anak sudah boleh mendengar apabila berusia 4 bulan dalam kandungan, jadi dengan sentiasa berinteraksi dengan anak dalam perut membantu perkembangan minda anak-anak.
- pemilihan nama yang baik untuk anak-anak supaya anak-anak menjadi seperti yang didoakan

pemakanan
-kaum yahudi - mula memakan kacang untuk pertumbuhan minda bayi dalam kandungan

selepas dilahirkan
-apabila bayi dilahirkan sebanyak 25 peratus minda bayi telah terbina.
-3-5 tahun- masa yang kritikal dalam penyerapan ilmu dalam minda anak-anak. oleh itu, keluarkan kata-kata yang baik dan melakukan perbuatan yang baik supaya anak-anak dapat melihat dan melakukan tingkah laku yang baik melalui penglihatannya.
-jadikan anak-anak umpama ikan di laut yang masin

pada zaman ini kita boleh lihat anak-anak yang menjadi yatim sebelum ibu bapa meninggal dunia. hal ini kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang. semua urusan anak-anak diserahkan kepada pembantu rumah sedangkan anak-anak sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa. hal ini menyebabkan anak-anak memberontak dan memcuba perkara2 yang baru kerana tiada orang menegur kesilapan anak-anak.

kadang-kadang anak-anak melakukan kesilapan atau kesalahan kerana inginkan perhatian. hal ini kerana apabila mereka membuat kebaikan ibu bapa tidak pernah mengambil peduli sebaliknya pula berlaku apabila anak-anak membuat kesalahan menyebabkan ibu bapa memarahinya.

KOMUNIKASI dalam keluarga

bagaimana komunikasi membantu pertumbuhan anak-anak dan mengelakkan anak2 drpd terlibat dengan gejala sosial?

komunikasi umpama bangunan dalam keluarga. sekiranya tiada salah satu komponen dalam bangunan maka runtuhlah bangunan tersebut. oleh itu, ibu bapa harus sentiasa berinteraksi dengan anak-anak agar anak-anak rasa ibu bapa memberi perhatian kepadanya.

APA YANG DIMAHUKAN OLEH ANAK2?

seperti yang dikatakan oleh ummi faizah, anak2 hanya memerlukan 3 perkara daripada ibu bapa iaitu:
1. love (sayang)
2. comfort (selesa)
3. safety (selamat)
- bagi anak2 ketika mereka melakukan kesalahan, ibu bapa ada untuk menegur supaya mereka selamat daripada terjebak ke gejala tidak sihat.

gaya didikan yang sesuai dengan anak2 ialah autoritatif di mana ibu bapa dan anak-anak saling dan boleh diajak berbincang supaya dapat membantu anak-anak daripada terjebak ke dalam gejala tidak sihat.

* IBU BAPA YANG TERBAIK apabila anak-anak boleh menceritakan masalah peribadi dengan ibu bapa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...