Followers

Monday, September 26, 2011

***SELAMAT HARI LAHIR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

Tak sangka ye, dh 23 tahun aku dilahirkan ke dunia ini...

ALHAMDULILLAH, kerana Allah masih memberi peluang untuk aku hidup hingga ke hari ini...

hari ini hari ulang tahun aku yang ke-23...

buat ibuku dan arwah ayah yang tersayang,

TERIMA KASIH kerana MELAHIRKAN AKU ke dunia ini dan membesarkan aku dengan kasih sayang sehingga aku sampai ke tahap ini...

TANPA KALIAN SIAPALAH AKU.

buat my brother n my sister, tq kerana menjadi temanku sepanjang masa...

I LOVE U ALL VERY MUCH...

Sunday, September 25, 2011

AKU DAN PROPOSAL???

assalamualaikum dan selamat sejahtera....

apa khabar semua? harap2 sihat aje la ye...

lama juga xupdate blog ni, maklumlah sibuk dengan proposal...tu la kalau last year kat U, pakat2 sibuk ngn tesis...

bila teringatkan tesis ni pening kepala la pulak... mula2 nak cari tajuk...fuh, bukan main lama cari tajuk, sampai 2, 3 minggu...lepas ada tajuk apa pun xbuat lagi...

nak tau sebab apa?

mestilah sibuk nak buat praktikum masa tu. sebab tu proposal entah ke mana...hbs sj praktikum baru kelam kabut nak buat...

penat juga la bertapa kt library untuk siapkan proposal...huhuhu

Tapi aku tak kisah, kerana seronok juga kelam kabut n sibuk, dpt juga kenangan yang nak disimpan sebelum hbskan study ni...

masalah, banyak lagi yang aku terima...

ek, apa yang aku terima?

terima asgmt la, kena buat asgmt lain sama...banyak tu...

pening2...

ni la yang dikatakan dugaan untuk menghabiskan pengajian...


Thursday, September 22, 2011

BERSEDIAKAH AKU?

Pertama kali ku melangkah kaki ke sekolah ini, perasaan aku bercampur baur. Macam-macam aku fikirkan.

'bersediakah aku untuk menjadi guru?'
'sesuaikah aku untuk menjadi seorang guru?'
'bagaimana penerimaan guru2 dan murid2 dengan kedatangan kami?'

bermacam2 persoalan timbul di benakku.

dari pintu pagar sekolah, aku kagum melihat para pelajar yang agak berdisiplin. Apabila tiba di pintu pagar sekolah, pelajar yang menaiki basikal akan turun dan sama2 berjalan.

'ikut peraturan juga budak2 ni' aku bermonolog sendiri.

Kakiku terus melangkah masuk ke kawasan sekolah, mencari-cari papan tanda yang menunjukkan arah ke pejabat. setelah aku menjumpainya, aku bersama kawanku Aini terus menuju ke pejabat. Kehadiran kami disedari oleh guru2 di sana. Mereka menerima kami dengan agak baik. Tambahan pula, minggu ini merupakan minggu peperiksaan pertengahan tahun. melihat para pelajar ini, teringat zaman aku berada di sekolah. Selepas itu, seorang demi seorang bakal2 guru tiba di pejabat. Semuanya tidak aku kenali walaupun kami dari universiti yang sama.

Tiba2 kami dikejutkan dengan kedatangan pengetua. Apa taknya, pengetua di sekolah ini sangat ramah dan mesra. Bukan sahaja pengetua malah guru2nya. Tetapi tak pasti pulak pelajarnya sebab belum bertemu mereka lagi.

Kami semua diarahkan untuk masuk ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat yang akan diberikan oleh pengetua. Maklumlah guru baru. Sementara duk tunggu pengetua n the geng masuk, kami sempat berkenalan antara satu sama lain. Tak sangka pula, jumlah kami agak ramai iaitu 11 orang (2 lelaki n 9 perempuan), maklumlah sebelum ni hanya sekurangnya 5 orang guru diterima untuk menjalani praktikum di sesebuah sekolah.

"huhuhu', bab ni aku paling malas ni...dengar taklimat. Boleh buat aku mengantuk.

Tak apa la, sekurang2nya aku tahu tentang sekolah ni.

Pengetua sekolah ni pun tak lama lagi akan bersara. Dia hanya bagi sikit taklimat n perkenalkan diri dia la, lepas tu dia serahkan kami ni kepada Penolong Kanan pula.

PK atau aku panggil Cikgu din la senang. Mula2 tengok takut juga la. Muka garang, mungkin sebab dia bekas tentera. Tapi ok je dia. Kami semua perkenalkan diri juga la ' sesi ice breaking la katakan'.

Lepas dengar taklimat tu, kami dibenarkan untuk pergi meronda kawasan sekolah. apa lagi, peluang diberi jangan dipersiakan, sementara kerja tak ada ni.

rombongan cikgu praktikum ke kawasan sekolah, bilik guru, bilik kaunseling, kantin. Sempat juga la berkenalan ngan beberapa orang cikgu. Ada yang mesra alam dana ada yang mesra ... (aik, kutuk ke apa ni aku ni?) Bila pi bilik kaunseling sempat jumpa kaunselor2 n 2 orang senior aku yang akan tamat praktikum 25 Mei.

'huhuhu, jeles aku dengan depa ni'. aku baru nak mula, depa dah nak habis.

Hari pertama kat sekolah ni bosan juga bila tak da keja. Nak buat apa pun tak tahu.

"hangpa ada keja tak, kalu tak dak bleh masuk kelas ni?" terkejut kami semua dengan salam tak bagi...huhuhu, nasib tak dak sakit jantung.

tu la tugas kami, guru2 praktikum, kena ganti kelas jaga exam budak2. Tak tahu lah ke mana guru2 lain.

Uh...masuk kelas, mula2 okla...lepas tu macam2 perangai budak2 ni nak menguji kita. Ada yang cuba nak tiru la, ada yang asyik keluar masuk tandas la, berubah tempat la.

'isk...isk, depa ni memang sengaja nak uji aku ke ni?' bengang aku ngan budak2 ni.

yang tak tahannya, bleh pulak...

"cikgu, cikgu nama apa?" budak ni tak reti mengeja ke, name tag aku tulis nama aku pun dia bleh tanya lagi nama apa. Yang aku geram bleh plak bercakap masa exam. Macam la tak da masa lain lagi.

Tak la penat sangat hari pertama kat sekolah. Rupa2nya sekolah ni menyeronok juga ye....

BERSAMBUNG

Thursday, September 15, 2011

syukur alhamdulillah....

assalamualaikum....

syukur alhamdulillah kerana result praktikum dh kuar n w/pun x sebaik manapun,
tp result tu boleh la tahan...
tahniah juga kpd kawan2 kerana dpt result y gempak...

tq to all my student y jd my klien at SABAR....

tq juga buat kaunselor pembimbing yang tak henti2 memberi tunjuk ajar, pentadbir2, pihak pengurusan sekolah SABAR n guru-guru...

TQ TO U ALL...

Monday, September 12, 2011

apa yang tulih ni ek?????????????

assalamualaikum dan selamat malam...

apa khabar? alhamdulillah, kita masih diberikan nyawa oleh-Nya untuk berada di bumi ini...

SELAMAT HARI LAHIR diucapkan kpd yang menyambut hari lahir pada hari ini...

TAKZIAH kpd yg telah kehilangan orang tersayang...

HIDUP TANPA LAKUKAN APA2 MEMANG MEMBOSANKAN...

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Sunday, September 11, 2011

kembali ke tanjung malim...

assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

apa khabar???

lama juga aku tak update blog ni...nak buat mcm mn bknnya xtgok cuma xsempat nk update...
sepanjang 4 bulan berpraktikum di BAGAN SERAI, agak sibuk sehingga jarang nak buka n update entry baru...sampaikan blog ni dh jd sarang labah2...password pun hmpir lupa...hai, apa nak jadi ni???

ok, sekarang aku dh kembali ke tanjung malim untuk meneruskan pengajian (sbnrnya dh seminggu berada di sini-baru ada hati nak update)...

buat semua budak2 U yang baru mendaftar U mgu lepas aku ucapkan SELAMAT MENJADI WARGA UNIVERSITI (termsuk adik aku yang kat UITM)...

buat semua kawan2 n yang dh jd warga U, SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN...

n yang dh tamat, smg cepat2 dpt keja ye...

itu saja, wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...