Followers

Wednesday, March 30, 2011

poco-poco...




PETIKAN DRPD KOSMO ONLINE

Perak haramkan tarian poco-poco

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


p/s: bagi penggemar poco2 tu fikir-fikirkanlah sebelum melakukan poco2 ye...

jom kita cipta senaman yg tak melibatkan @ bercirikan agama lain...

buat senaman silat la pulak...senaman tarian bunga silat ke???

tarian juga kan???

satu lagi kalau ada yg mempertikaikan tu, lumrah dunia...manusia tak pernah puas terutama apabila kehendak mereka dihalang...macam2 alasan diberikan utk menghalalkan yang haram...namun, manusia dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk...so, gunakan akal yang Allah berikan utk membuat perkara yang diredhai Allah...

BILA DAH DIHARAMKAN POCO2 TU JGNLAH BUAT YE...


DECO DECO BENG BENG BOONG



assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

kali ini jom kita join segmen yang dianjurkan oleh abg ben ashaari
(ni kali kedua aku masuk segmen yg dianjurkan oleh abg ben)...

segmen kali ini bertajuk:

DECO DECO BENG BENG BOONG


klik banner untuk join...

kepada siapa2 nk join tu...

jom kita sama2 join u memeriahkan lagi segmen ni...

Tuesday, March 29, 2011

faktor kemurungan...




1) Genetik

Faktor genetik dan keturunan memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap kemurungan seseorang.

2) Stress

Faktor sosial dan persekitaran juga memainkan peranan dalam mempengaruhi kadar kemurungan. Ini termasuk disebabkan masalah kewangan, putus cinta, penyesuaian hidup di sesuatu tempat kerja atau belajar atau juga disebabkan kematian seseorang yang disayangi.

3) Pessimistic personality

Mereka yang mempunyai personaliti ini mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Mudah untuk berasa untuk melihat pandangan yang negatif terhadap persekitaran

4) Fizikal

Faktor fizikal juga memainkan faktor penting. Penyakit-penyakit yang kronik khususnya seperti darah tinggi, kencing manis mahu pun sakit jantung akan mengakibatkan seseorang itu mudah untuk berasa murung dan tertekan.


5) Faktor lain

Faktor-faktor lain ke arah kemurungan ini ialah seperti penyalahgunaan ubatan, penyakit skizofrenia, anxiety drders atau pun sebagainya.


sumber: health

kemurungan...

PETIKAN DARIPADA KOSMO ONLINE

Sindrom kemurungan Facebook landa remaja

NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.

Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.

Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.

Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

Monday, March 28, 2011

apa yang lebih kuat???

assalamualaikum...

apa yang lebih kuat???

gunung???

gunung kuat kerana disokong batu,

maknanya batu yang lebih kuat...

tapi ada yang lebih kuat...

besi???

tapi api boleh mencairkan besi...

jadi api yang kuat...

tapi air boleh memadamkan api...

maknanya air yang lebih kuat...

ada yang lebih kuat daripada air...

iaitu...

manusia...

sebab apa???

sebab dalam badan manusia ada air...

manusia kuat kerana adanya akal....

manusia perlu gunakan akal dengan bijak

kerana yang membezakan manusia dengan sesuatu yang lain

adalah akal...

p/s: terbaca dlm sebuah buku, tp xingat tajuk apa...


header...


assalamualaikum...

hari ini aku letakkan header kat blog aku...

aku ni tak la pandai sangat nk buat...

testing2 je...

walaupun xcantik, tapi rasa bangga sebab aku buat sendiri header ni...

hehehe...



p/s: apbl kita melakukan sendiri perkara baik, jgn malu utk mengaku, tp tunjukkan bhw kamu bangga dgn apa yang kamu lakukan...



Saturday, March 26, 2011

happy birthday...

assalamualaikum...

hari ini hari ulangtahun kelahiran adikku yang bongsu...

BUAT

adik kesayanganku, FAKHRUL ROZI

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-19...

SEMOGA PANJANG UMUR N DIMURAHKAN REZEKI SERTA DIRAHMATI ALLAH SELALU...

SATU LAGI,
SEMOGA MENDAPAT RESULT YANG GEMPAK DI SEM AKHIR KAT MATRIK YE SAYANG...

MOGA DAPAT MASUK U DLM BIDANG YG DIMINATI...

AMIN...

p/s: cari gambar adik xjumpa la pulak nk masukkan dlm entry...

Friday, March 25, 2011

baru???

assalamualaikum...

baru balik dari bengkel internship kaunseling,

yang bermula pukul 6.00 ptg hingga 11.00 mlm...

esk ada lagi...

pkul 8.00 pg hingga 6.30 ptg...

so, ini sj nk post...

sbb balik td buka laptop n terus on blog...

good night...

iemah,
teratak 16143,
khar,
11.21pm

ujian...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

dugaaan, ujian dan cabaran...
itulah yang perlu kita tempuhi sebagai khalifah di muka bumi ini...
hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa ilmu...




apa gunanya belajar sekiranya apa yang kita belajar tidak berguna ...

apabila kita belajar di sekolah, universiti, kita perlu menempuh ujian...

untuk menguji apa yang kita pelajari...
begitu juga hidup ini seperti kertas kosong,
kita yang mencorakkannya sama ada untuk membiarkan dia berwarna putih, atau bertukar warna, atau menjadi tulisan2 yang baik atau buruk...

kemudian,
apabila kita boleh berfikir tentang baik dan buruk...
kita akan diberi ujian, cabaran dan dugaan...
untuk menguji kita sama ada kita boleh lulus dengan baik atau sebaliknya...


ujianlah mendekatkan diri dengan MAHA PENCIPTA...

ujianlah mengajar kita erti hidup yang sebenarnya...
ujianlah menguji tahap kesabaran kita...

ujianlah memberi kita semangat untuk mengharungi hidup yang lebih mencabar... ujianlah mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa...
ujianlah mengajar kita berdikari...
ujian mampu membuat kita berfikir tentang sebab kewujudan kita di muka bumi ini...

ujian juga memberi kita kekuatan...

itulah ujian...


p/s: ujian membuktikan bahawa kita masih di sayangi ALLAH SWT


Thursday, March 24, 2011

contest blog paling ceria...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

apa khabar semua???

sihat?

episod kali ini kita bertemu lagi untuk:

untuk apa ek???

.
.
.
apa lagi...

join contest la...

sebenarnya aku telah ditag oleh kiki lala

JOM RAMAI2 KITA SERTAI

CONTEST BLOG PALING CERIA

anjuran cik QISTINA RABEAN

apa???

nak tahu syarat penyertaan...

sila klik banner di bawah ye...

jangan lambat2 tau...

sebab tarikh luput telah ditukar daripada
10 april kepada 25 mac 2011...



aku nak tag sapa kali ni ye...

mari kita tengok siapa yang kena...

NaNaOsAkI
anis zafirah
MJ

Wednesday, March 23, 2011

adakah anda mengalami depress???

assalamualaikum dan salam sejahtera...

episod kali ini mari kita menguji...


Adakah Anda mengalami depress?
marilah bersama-sama menjawab soalan di bawah...


Jawablah Ya atau Tidak dari 11 soalan di bawah ini :

1. Adakah anda mempunyai kesedihan yang berpanjangan, cemas yang berpanjangan, atau perasaan "kosong"?

2. Adakah anda sering merasa mudah putus harapan dan mudah merasa putus asa?

3. Adakah anda sering rasa bersalah, rasa tidak sesuai, atau rasa tidak berdaya?

4. Adakah anda sering merasa hilang semangat atau kesenangan pada aktiviti yang orang lain dapat nikmatinya?

5. Adakah anda rasa tenaga yang berkurangan, sering lelah (fatique), atau menjadi lesu?

6. Adakah anda tidak boleh memberi tumpuan, mengingat, atau membuat keputusan?



7. Adakah anda menderita insomnia, bangun tidur lebih cepat, atau terlalu banyak tidur?

8. Adakah anda kehilangan selera makan dan atau kehilangan berat badan, atau terlalu banyak makan dan berat badan bertambah?

9. Adakah anda berfikir tentang kematian atau bunuh diri, atau mencuba bunuh diri?

10. Adakah anda sering merasa gelisah, tidak sabar, atau mudah frust?

11. Adakah anda mempunyai gejala sakit fizikal yang berpanjangan dan tidak pernah sembuh, seperti sakit kepala, sakit punggung, digestive disorder, dan sakit yang kronik lainnya?



- Jika anda hanya menjawab “Ya” pada salah satu pertanyaan di atas, mintalah nasihat doktor untuk mengetahui adakah kerana sakit fizikal, sebelum mencari perubatan yang lain kerana depress.

- Jika anda menjawab “Ya” pada dua atau lebih pertanyaan di atas, sangat dianjurkan anda mencari perubatan depress yang berpengalaman.

- Symptom depress boleh terjadi selama bertahun-tahun, atau diperolehi secara tiba-tiba muncul dalam waktu yang singkat dan berlanjutan dalam beberapa minggu atau lebih.

- Jika muncul andaian2 tentang bunuh diri, atau keinginan untuk menyakiti diri anda, cepatlah untuk mendapatkan bantuan perubatan mental dan emosi.


p/s: terpulang kepada anda ingin mempercayai n menilai...


sumber: http://rolays.blogspot.com/2010/12/ujilah-apakah-anda-depresi.html

stress or depress



assalamualaikum...

kali ini, jom kita pergi ke episod yang seterusnya iaitu:

apa perbezaan stress dan depress???

apa bezanya ye???

stress merupakan tekanan.

sebagai seorang indivuidu kita tak pernah terlepas daripada mengalami stress.

bagaimana???

stress seringkali terjadi bila kita ingin menghadapi peperiksaan, menghadapi asgmt, masalah kerja yang bertimbun-timbun dan sebagainya...

oleh itu, stress tidak akan mengganggu hidup seseorang individu kerana apabila kita selesai melakukan sesuatu kerja yang menimbulkan stress kepada kita maka stress tersebut akan hilang.

masalah akan timbul apabila seseorang individu mempunyai daya tahan yang rendah terhadap stress sehingga menyebabkan stress berkembang dan berlakunya depress.

apa itu depress???


depress adalah tekanan yang dialami seseorang secara melampau dan tidak berjaya untuk diatasi.
depress ni boleh mengganggu kefungsian hidup seorang individu yang mengalaminya...

oleh sebab depress inilah, kita dengar ramai yang membunuh diri...
terutamanya selebriti korea...


baru2 ini dalam KOSMO ada melaporkan individu yang membunuh diri kerana mengalami depress yang melampau sehingga mengganggu kefungsian hidup mereka sehingga mereka mengambil keputusan menamatkan riwayat hidup sendiri dengan menggantung diri, meminum racun, telan pil secara berlebihan dan sebagainya.


p/s: agama kunci ketenangan...kunci ketenangan hidup adalah bersyukur...

Monday, March 21, 2011

bila rasa stress...

bila kamu rasa stress...
apa yang kamu buat???

makan???
.
.
.
.
.
tidur???
.
.
.
.
.
menjerit???
.
.
.
.
.
tulis cerpen???
.
.
.
.
.
baca blog???
.
.
.
.
.
menyanyi???
.
.
.
.
.
mcm 2 org buat bila rasa stress...
aku pun sama juga...

kalau aku rasa stress,
apa aku buat???
mestilah tidur...

kalau xboleh tidur???
baca blog rakan2 blogger...

lagi???
baca novel....
walaupun dh byk kali aku ulang baca novel yang sama...

lagi???
2kar background blog aku...
aku tgok dh jd mcm kanak2 dh blog aku ni...
siap cartoon sailormoon lg tu...

ok, sini sj episod kali ini (aik, ada episode ke???)

WASSALAM...

iemah,
teratak puteri semenanjung,
6.39p.m


AL FATIHAH

assalamualaikum...

hari ni aku cuma nak post tentang...

hari ni iaitu 21 mac 2011,

genaplah 17 tahun ayahku meninggalkan dunia ini...

AL-FATIHAH

BUAT ARWAH AYAH YANG KUKASIHI...
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORG BERIMAN...

Sunday, March 20, 2011

Seorang Maut 6 Parah Bas Rempuh Lori

BERITA TERKINI (TV3)

Seorang penumpang maut, sementara enam lagi parah apabila bas persiaran mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Lebuhraya Utara Selatan dekat Bidor, Perak awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Shariff Mohamad Din, 74 tahun dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, 35 lagi penumpang termasuk pemandu, cedera ringan dalam kemalangan jam 4.50 pagi itu.

Bas terbabit dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai apabila di percayai merempuh belakang sebuah lori.

Pemandu kemudian memberhentikan bas, sambil meminta penumpang turun, apabila sebuah lori lain merempuh pula bas terbabit.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh.

Friday, March 18, 2011

ada apa2 yang baru ke???

assalamualaikum dan salam sejahtera...

apa khabar semua???

selamat bercuti kepada semua...

cuti apa???
.
.
.
.
.
.
cuti hujung minggu la...

lama xbuka blog
n
xpost entry...

ada apa2 yang baru ke ek???

aku pun dh byk ketinggalan ni...

setakat ini sj la...

wassalam

iemah,
teratak puteri,
7.07 am...





Thursday, March 17, 2011

Mayat Bayi Ditemui Dalam Keadaan Ngeri

BERITA (TV3)

Mayat seorang bayi dijumpai dalam keadaan ngeri dengan semua tangan dan kaki termasuk alat sulitnya hilang dimakan haiwan liar.

Yang tinggal hanya kepala dan tubuh.

Bayi malang dipercayai baru berusia sehari itu ditemui berhampiran tempat pembinaan kontrak di Desa Relau Paya Terubong, Pulau Pinang kira-kira jam 4 petang semalam.

Seorang saksi yang bekerja ditapak pembinaan terbabit, Shamuga Vellu berkata dia pada mulanya menyangkakan mayat itu adalah pokok pisang.

Sejurus penemuan itu dia kemudian memberitahu majikan sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan terbabit.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

p/s: masih ramai yang tak bertanggungjawab, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan.

Sunday, March 13, 2011

busy...

assalamualaikum...

nak masukkan entry apa kali ini...

xterfikirla pulak...

sebab busy ngn asgmt...

yang byk kena hntr minggu...

so, kalau sempat post entry...

rasa bertuah sgt...

sbb dpt curi masa utk buka blog...

n lawat blog blogger yang lain.

WASSALAM

Friday, March 11, 2011

tsunami


assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ini kita dikejutkan dengan bencana tsunami
yang berpunca dari satu gempa bumi berkekuatan 8.8 pada skala Richter telah menyerang pantai timur laut Jepun,
menggegar bangunan
dan
menyebabkan kebakaran di Tokyo
serta
menghantar tsunami yang kuat ke pantai berhampiran Wilayah Miyagi.

MASYAALLAH...

DAHSYATNYA...














Thursday, March 10, 2011

kekasihku...

assalamualaikum...

KEKASIHKU

PADAMU KUHARAP

KAU HADIR DALAM HARIKU

ADANYA KAU TAHU BETAPA

KU CINTA PADAMU

SETIAP MASA

SEOLAH ADA DI SISI

KASIH PADAMU

TAKKAN PERNAH PADAM

SAYANGKU HANYA ENGKAU DI HATI

JIWAKU INI KOSONG

DAMBA PELUKANMU

OH BELAIANMU

KASIH KITA DITAKDIRKAN BERSAMA

TAKKAN ENGKAU KU PERSIAKAN

WALAU TERKADANG HATI MUDAH TERUSIK OLEH KU...

SELAGI ADA NYAWA SELURUH DAYA KAN KU PASTIKAN KAU GEMBIRA

SEGALA CINTA DAN SAAT BAHAGIA

OH IBU... KE AKHIR HAYATKU

....

OH IBU...

IBU...............

WALAU TERKADANG HATI MUDAH TERUSIK OLEH KU...

SELAGI ADA NYAWA SELURUH DAYA KAN KU PASTIKAN KAU GEMBIRA

SEGALA CINTA DAN SAAT BAHAGIA

OH IBU... KE AKHIR HAYATKU

nyanyian: azzam idola kecil


sebenarnya rindu kat mak...

lama xbalik kg...

MARI SAMA2 KITA HAYATI LAGU DI ATAS YE...


iemah,
teratak puteri,
11.42 am.

Wednesday, March 9, 2011

???

ASSALAMUALAIKUM...

mlm ni ada mid term...

so hanya post entry y ini aje la...

good luck for me n friend...

ok...

iemah,
1614,
6.29 am.

Tuesday, March 8, 2011

wanita???








ASSALAMUALAIKUM...

CUMA NAK UCAP

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA
KEPADA
SELURUH WANITA DI DUNIA...


tulus ikhlas,

iemah,
1614 khar,
10.25am


Monday, March 7, 2011

1st Giveaway Contest Alin Marlini

assalamualaikum...

apa khabar semua hari ini???
sedang buat apa???
hari ini, iemah nak tanya kamu semua...

APA YANG KAMU FAHAM TENTANG SEHATI SEJIWA???

tp xnak la terangkan...
cari sendiri la...

cuma nak ajak blogger2...

jom sama2 join

1st Giveaway Contest Alin Marlini


apa???

nak tahu syarat penyertaan???

jom klik banner di bawah


iemah nk ucapkan Happy Anniversary buat Alin yang
Ke 11 ...
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

nak tag juga...

nak pilih sape ni...

ikutkan semua follower iemah nk tag...

jom kita cari mangsa yang bertuah...

rose johari,
nadia,
serikandi cinta,
cik yana,
wanie

24



assalamualaikum...

xsempat nak tulis entry panjang2...

sebab busy dgn asgmt yang berlambak2...

kelas yang xpernah ponteng (eleh, mcm la org len ponteng)...

seminar sana sini...

bengkel macam2...

hari cuti pun ada seminar n bengkel...

so...

ini sj untuk hr ini...

wassalam

iemah,
1614 khar


Saturday, March 5, 2011

kenapa???

ASSALAMUALAIKUM...

kenapa ada orang yang cuba sibukkan diri???
walaupun dia tak sesibuk mana pun...

kenapa ada orang yang sanggup membuat kerja
yang dia sendiri tak sanggup buat
apatah lagi orang lain...

kenapa ada orang yang sanggup menyakiti hati orang lain???
sedangkan orang tersebut tak pernah menyakiti hatinya...

kenapa ada orang yang sanggup menyimpan kemaafan walaupun terdapat orang yang meminta maaf kepadanya???
sedangkan Nabi SAW maafkan umatnya...
inikan pula, kita manusia...

kenapa ada yang sanggup mengumpat dan mengutuk orang lain,
sedangkan orang tersebut tak pernah memburuk-burukkannya....

kenapa ada orang sanggup menjadi batu api,
mengadu domba n sebagainya???

kenapa ada orang yang buat salah
tapi tak mahu mengaku kesalahannya???

kenapa???


(apa yang aku merepek ni???)


p/s: macam2 lagi 'kenapa' yang wujud di dunia ini...

Friday, March 4, 2011

A Stranger in a Stranger land poetry contest

assalamualaikum...

sekarang ni jom kita sama2 sertai contest kali ini...
berbeza dgn contest sebelum ini...
contest kali ini bertajuk

A Stranger in a Stranger land poetry


apa???

nak tahu syarat penyertaan???

ooo...

sila klik banner di bawah...



klik banner untuk sertai...

tp bg yang kena tag oleh tuan punya blog ni....

wajib sertai tau...

hehehe...

nk tag sape ni???

blogger yang bertuah ialah...

yana
shuhadah
wanie
gadis desa


TAJUK: DI SINI

di sini,
pertama kali,
aku melangkahkan kaki,
tidak mengenal sesiapa,
untuk didampingi.

di sini,
aku belajar berdikari,
tanpa ayah ibu disisi,
aku mula mengerti,
berdiri di kaki sendiri.

di sini,
aku mula belajar,
apa erti persahabatan,
kawan dan teman.

di sini,
aku belajar sesuatu,
erti persahabatan sering diabaikan,
kepentingan diri diutamakan,
walaupun memakan sahabat sendiri.

di sini,
di menara gading inilah,
pelajaran berharga aku dapati,
belajar melalui sikap manusia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...