Followers

Sunday, February 27, 2011

baru balik...

assalamualaikum...

wah, rindu pulak lps lama xbuka blog (ala bru beberapa hari)...

ok, sebelum ni tuan punya blog post entry bahawa tuan punya blog ni ada program...

tuan punya blog sudah pulang...

so, dimana tuan punya blog pergi melaksanakan program kepimpinan???

tuan punya blog dan kawan2 pergi ke

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN (pjgnya nama sek)...

esk tuan punya blog akan masukkan entry n gmbr semasa prgm...

tunggu ye...

penat hari ni, jd dpt post ini saja le...


p/s: terima kasih kepada guru2 dan pelajar SAMT SULTAN HISAMUDDIN atas kerjasama yang diberikan


Friday, February 25, 2011

hari sabtu ni xdak post ye...

assalamualaikum...

hari ini cuma nak bagitahu bahawasanya saya,

tuan punya blog ini xdpt post entry hari sabtu ini...

hal ini kerana hari jumaat iaitu hari ini (skemanya aku ni)

saya dan rakan2 akan ke Klang untuk menjayakan program KEPIMPINAN di salah sebuah sekolah di sana...

nak tahu sekolah mana???

tunggu hari ahad ni ye...

balik nanti saya akan post entry yang berkaitan dgn kem KEPIMPINAN tu ye...


p/s: doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik...


Thursday, February 24, 2011

JOM SERTAI FACEBLOG...


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG.
TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.
MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK,
KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK.
SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

klik banner di bawah...



MARILAH KITA SERTAI FACEBLOG BERAMAI-RAMAI...


p/s: sertai facebook bolehkan...apakata jom kita sertai faceblog pula....


FIKIR-FIKIRKANLAH...



kadang-kadang apa yang kita mahukan tak dapat...
tp adakah kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi???

kadang-kadang kita mengganggu hak orang lain, sedangkan orang tersebut tidak menyukainya...
tp adakah kita terfikir bagaimana pula sekiranya orang lain mengganggu hak kita???

kadang-kadang kita menyakiti hati orang lain tanpa kita meminta maaf kepadanya...
tp sekiranya orang lain menyakiti kita tanpa kembali meminta maaf, apa yang akan kita lakukan???

sakitnya hati apabila disakiti...
tp bagaimana pula dengan perasaan orang yang kita sakiti???

apabila kita memerlukan ibu disisi, ibu sentiasa ada...
tp apabila ibu kita memerlukan kita di sisinya, adakah kita bersamanya???


sejak kecil apabila sakit ibu sentiasa menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh...
apabila ibu sudah tua dan sakit, adakah kita menjaganya seperti dia menjaga kita sewaktu kita sakit???

apabila kita belajar, kita ingin cepat bekerja...
tetapi apabila kita bekerja kita ingin belajar semula kerana memikirkan belajar adalah perkara yang menyeronokkan...

FIKIR-FIKIRKANLAH...

p/s: hidup tak pernah puas


blog hilang..

assalamualaikum...

baru aje balik dari kelas...

lepas tu ingtkan nak la melawat blog rakan2 blogger...

tp tiba satu blog ni, xbleh nk masuk...

knp ek???


blog ni milik azaliah salleh...

bila aje nak buka jd macm ni...


blog hilang...


lepas 2 tgk fb pulak...


rupa2nya tuan punya blog pun xbleh buka...


ada org lain sabotag ke???





p/s: kalau ada yang sabotag tu bawa2 la bertaubat...tak menuduh tp nasihat..


Wednesday, February 23, 2011

Jom Blogwalking Contest


TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011
PENYERTAAN: Semua Yang Berminat
SEBARKAN SEKARANG UNTUK PENYERTAAN!!!
SYARAT PENYERTAAN:..........

KLIK BANNER DI BAWAH


ads

Tuesday, February 22, 2011

MASJID AL KHALIDIAH

ASSALAMUALAIKUM...

HARI INI TAK TAHU NAK LETAK ENTRY APA...

TP BILA BACA PAPER SEMALAM, RASA NAK MASUKKAN PULAK APA YANG DIBACA SEMALAM...

DATUK SITI N DATUK K ADA MASJID SENDIRI YANG DIBERI NAMA,

MASJID AL-KHALIDIAH...


DAH TERCAPAI IMPIAN MEREKA NAK ADA MASJID...

DI KEDAH PULAK 2...NEGERI KELAHIRAN AKU...


MASJID TU TELAH DIRASMIKAN OLEH SULTAN KEDAH, TUANKU ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH...


MASJID KHALIDIAH



p/s:bilalah aku pulak nak ada masjid sendiri???

Monday, February 21, 2011

contest si manis berbaju kurung...

assalamualaikum

kali ini aku join pulak contest yang by azaliah salleh


kalau nak join klik banner di atas...

kawan2 blogger yang kaum hawa jom join sama...

tarikh tutup penyertaan 25 februari 2011



tahniah kepada calon STPM

PETIKAN BERITA KOSMO

46,780 calon lulus penuh, hanya lapan dapat 5A

21/02/2011 1:47pm

KUALA LUMPUR - Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof. Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, ini merupakan penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.

Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009, katanya.

"Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala seorang lagi calon dari aliran sastera,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di sini hari ini.

Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 November hingga 16 Disember tahun lepas di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. - Bernama

marilah mengundi...

assalamualaikum dan selamat pagi...

kepada siswa-siswi upsi...

jom ramai2 kita pergi mengundi...

mengundi calon yang kita rasa sesuai dan layak untuk memimpin...

yang dapat membantu siswa-siswi...

bukan calon yang hanya mahukan pangkat dan nama...

JOM SEMUA PERGI MENGUNDI...

"GIVEAWAY BERSATU by Mimie & DC"



ASSALAMUALAIKUM

KALI INI JOM KITA SERTAI CONTEST YANG DIANJURKAN OLEH

Mimie - Tokey Delicious Cuppies

PULAK YE...BEST LA PULAK ASYIK MAIN CONTEST AJE...

KALAU TAK MENANG PUN BOLEH SUKA2 MASUKKAN DALAM BLOG...

TAMBAH KOLEKSI POST...

satu lagi...

bila tengok kek2 dalam post dia...

rasa sayang nak makan...sebab comel...

macam mana la kalau aku order...

mesti sayang nak makan...

NI CONTEST YANG DIANJURKAN OLEH

Mimie - Tokey Delicious Cuppies



Syarat2 yg sgt mudah dan senang..

1. Mestila blogger yer.. sbb nak kena wat entry bertajuk "GIVEAWAY BERSATU by Mimie & DC" & tepek banner yg atas tue yer..

2. Jadik follower utk 2 blog ini;
http://www.delicious-cuppies.com
http://mimie1678.com

3. Copy 2 badge nie letak kat side bar blog...




4. Entry korang tue citer la apa2 psl dedua blog nie yer..

5. Dah settle sumer, letak entry u olls kat entry GIVEAWAY BERSATU nie..

6. Setiap penyertaan akan diberi satu nombor..
dan 5 pemenang bertuah akan dipilih kat sini.. http://www.random.org/

7. Tarikh bermula dari 14th Feb 2011

8. Tarikh tamat giveaway 28th Feb 2011 @ 11.59pm

BUAT
Mimie - Tokey Delicious Cuppies
NANTI BUAT CONTEST LAGI YE...

selamat mencuba buat semua blogger..

Sunday, February 20, 2011

penangan yang sangat hebat...



assalamualaikum

mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku letak tajuk post aku macam 2...

semua ni hanya kerana filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...



apa tidaknya, kawan2 sekelas aku semua dah berjangkit...

ingatkan kawan2 aku saja...

budak course lain pun sama...

dialog yang paling popular, yang sering mereka katakan???

tau dialog apa???

ni aku nak bagitau..
.
.
.
.
BAKO...KITA BAKO


dialog kedua...
.
.
.
.
SAPA SETUJU ANGKAT TANGAN MACAM AWAK (SAMBIL PUTAR2 TANGAN)...


masa lect ada dlm kelas pun dialog ni masih diikuti...

yang bestnya boleh promote kt lect suruh tgk movie ni...

bagus2 tak student2 dia...

aku pun dah 3, 4 kali tengok citer ni...

memang best...


jarijemariemas FIRST GIVEAWAY


syarat2 nye mudah je... :

  1. Nak join giveaway ni korang mesti ada blog ye...
  2. Letak header kat atas tu dalam entri korang..
  3. TAJUK ENTRY: jarijemariemas FIRST GIVEAWAY
  4. Link kan ke entri ini ye..
  5. Jadi follower blog ini dan juga like page Kechik ITU Comel (jarijemariemas.blogspot.com) di FB
  6. Yang terakhir, pada pendapat korang mana 1 entri yang paling menarik dalam blog ini..sila nyatakan..
  7. Tarikh tutup: 22 Februari 2011 jam 11.59 PM

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

assalamualaikum dan selamat datang ke blogku ini...


Segmen : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !



pada minggu ni aku baru nak sertai segmen yang dianjurkan oleh abang BEN ASHAARI


jom rakan2 blogger sama sertai segmen kali ini...


Inspire Design's 1st Giveaway



assalamualaikum...

tengah dk terkodek2 masuk blog org lain, tiba2 aku tmasuk blog ni
klu kamu semua mau join sama, silakan...


klik banner untuk join..

cara penyertaan...

1. BLOGGER
# Like Fan Page & jadi Follower Inspire Design
# Letak banner di atas didalam entry anda beserta link ke entry giveaway ini
# Tag 3 orang rakan atau lebih & pastikan mereka tahu
# Berikan link anda untuk entry ini di bahagian komen (sila baca cara-cara meninggalkan komen)

2. FACEBOOK (jika tiada blog)
# Buat satu album dengan nama giveaway ini & letakkan gambar di atas dalam album tersebut
# Letakkan link entry ini / link album Inspire Design's 1st Giveaway sebagai caption gambar
# Tag 3 orang rakan atau lebih & pastikan mereka tahu
# Berikan link anda untuk giveaway ini di bahagian komen facebook / entry ini (sila baca cara-cara meninggalkan komen)

CARA MENINGGALKAN KOMEN PENYERTAAN

**Letakkan link penyertaan anda, beserta ID Follower / Profile Name (gunakan ID anda ini sebagai referrer rakan-rakan yang join melalui anda. Jangan lupa letakkan nama pendorong / referrer anda yang menyebabkan anda terpanggil untuk menyertai giveaway ini.

Contoh :
http://inspidesign.blogspot.com/2011/12/Inspire-Design's-1st-Giveaway.html

ID : Inspire Design

Referrer : Cik Peah

TARIKH TUTUP :
3 MAC 2011


tag;
sue
naz
rose
Link

JANGAN LUPA LETAKKAN IEMAH SEBAGAI REFERRAL YE...

Saturday, February 19, 2011

me-inside out 2nd GiveAway

klik banner untuk join...


Baiklah, cara untuk menyertai contest ini sangat mudah.

1. Haruslah mempunyai blog sendiri. Tidak kiralah jenis apa pun, janji ada blog.
2. Menjadi follower pada blog saya - me-inside out
3. Menjadi follower pada blog penaja saya - Zone Bundle ChanteQ
4. Menjadi follower pada blog penaja saya lagi satu - Zone ChanteQ Shoppe
5. Buat satu (1) entry berkenaan dengan GiveAway ini di blog anda.
6. Tinggalkan penyertaan anda pada ruangan comment di bawah.
7. Letakkan picture me-inside out 2nd GiveAway pada sidebar blog anda dan linkkan terus ke post ini.
**Keputusan adalah muktamad.**

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Februari 2011.
Pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2011.

..sixtysix lurvelurve giveaway..

klik banner untuk join
syarat2nya:

1- haruslah jadi follower blog ni.. kalau x cm ner Na nak jenguk2 blog korunk kan..
2- buat satu entry pasal GA ni dengan tajuk n banner sekali dan link kan juga entry ini.. ke dalam entry korunk..
3- comment di entry ini berserta nama (xkisah la nama glamer ke haper) beserta link ke entry anda (berkaitan ini)...
4- dlm entry korunk, korunk kena sertakan satu perenggan cerita detik terbaek korunk mser korunk bersama family...
5- kemudian tag 3 orang rakan anda. ( lebih pun boleh)
6- tarikh tutup GA ni sampai 25 February 2011..

DETIK TERBAIK...

SAAT YANG PALING MANIS DALAM HIDUP AKU APABILA AKU BERSAMA FAMILY AKU, IAITU MASA KAMI ADIK-BERADIK MASIH DI ZAMAN KANAK2 ....BILA BERKUMPUL BERSAMA TERUTAMA WAKTU MAKAN MESTI BEREBUT N LEPAS 2 KENA MARAH NGAN EMAK... HAHAHA... (SAAT ITU TAK MUNGKIN AKAN BERULANG LAGI KERANA MASA TAK MUNGKIN BERUNDUR)

Friday, February 18, 2011

ilmu, akal dan semangat...


gambar hiasan


ASSALAMUALAIKUM...


ilmu, akal dan semangat???

knp tiba2 aku terfikir ttg ketiga-tiga ini ye???

aku pun xtahu

cuma aku nak katakan kt sini...

ilmu, akal dan semangat umpama adik-beradik yang tak boleh dipisahkan...

tahu kenapa???

pada aku,

bila ada ilmu, akal pula xdigunakan maka mudah dikalahkan musuh...

begitu juga ada akal, tapi tak ada ilmu maka senang kena tipu...

bila ilmu dan akal digabungkan tapi xda semangat umpama remaja yang belum matang, senang untuk diperkotak-katikkan...

senang cerita kalau akal dan ilmu disatukan, semangat xada xguna juga...

misalnya, bila kita nak belajar...

kita ada akal, so gunakan akal untuk dapatkan ilmu...

tapi dalam usaha untuk dapatkan ilmu, kena ada semangat untuk belajar...

kalau tidur aje macam mana ilmu tu nak datang...

(ini tanggapan aku la...
lain orang lain persepsinya)

intership kaunseling...


gambar hiasan


ASSALAMUALAIKUM...

Xsangka aku, pejam celik, pejam celik, dah masuk sem 6,
sekarang minggu ke-7...
lepas exam minggu orang cuti sem, kena buat intership 3 bulan, xda cuti...
lps 2, bdk2 U masuk bulan 9, kami yang baru tamat intership (praktikum la) kena sambung n masuk sama dengan mereka...
huhuhu...

xkan xda cuti langsung???
bilanya kami nak balik kampung...
jawabnya xbalik dh kot...
apa xdaknya...
lepas tamat sem 8 nnti, terus posting...
huhuhu...
cuti sekolah la boleh balik...
(aku tau apa yang difikirkan aku ni sama dengan kawan2 seangkatan dengan aku di sini)

tapi...
xapa la...
demi masa depan aku dan keluarga,
masyarakat dan negara,
aku n kawan2 sedia berkorban,
untuk anak didik yang tercinta...
(cewah ayat nak bg semangat)


Thursday, February 17, 2011

KAYA!!!


KAYA...

siapa nk kaya???

macam mana nak jadi kaya???

pendek kata kalau nak cepat kaya kena rajin berusaha la...

tapi kalau rajin usaha pun, lambat nak kaya...

macam mana nak kaya dengan cepat ek???

ala, org terkaya sekarang pun bukan jadi kaya dalam 24 jam...

tp mereka berusaha bersungguh2, bertahun2...

ada juga orang yang kaya dengan cepat, macam mana ek???

jangan buat aktiviti yang melanggar undang2 untuk kaya cepat...

itu bukan saja kaya cepat tapi cepat kena hukuman,

silap2 hukum gantung...

Wajah-wajah bilionair Malaysia


kadang2 kaya ni pun xsyok jg...

tau knp???

sentiasa rasa takut dan bimbang...

takut dan bimbang apa pula???

takut kena samun, kena rompak

silap2 kena culik pun ada...

nk tinggal rumah lama2 pun xsenang...

takut nanti balik rumah, barang dalam rumah semua dah tak ada...

JADI ORANG BIASA KAN SENANG,

ASALKAN SEMUA CUKUP,

TAK PERLU BIMBANG APA2...

HARI2 PUN BOLEH MAKAN KAYA...

KAYA NGAN ROTI GARDENIA...


Wednesday, February 16, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA


Assalamulaikum semua...
hari ini masa aku terkodek2 tgh tgok blog org lain,
aku terjumpa la entri yang tengah mengumpulkan blogger2 dari utagha oleh GKSB...
SEBAB AKU PUN ASAL UTARA (KEDAH)...
anak jati SIK...
kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik DISINI
so aku join la...

Tujuannya adalah supaya satu hari nanti, mungkin kita boleh anjurkan Gathering Blogger Utara



KHUTBAH TERAKHIR...


Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.




Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.



maklumat lanjut, rujuk di sini



Tuesday, February 15, 2011

"umatku...umatku...umatku"




ANTARA VALENTINE'S DAY N MAULIDUR RASUL..








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



untuk maklumat lanjut sila klik di sini


KELEBIHAN BERSELAWAT...

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata " Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"

1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
4. bersemaan dngn selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

untuk mengetahui lebih lanjut klik di sini

OLEH ITU,
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA MUHAMMAD SAW...


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL...

ASSALAMUALAIKUM...

12 RABIULAWWAL

MERUPAKAN

TARIKH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW.

OLEH ITU,

HARI INI SAMA2 LAH KITA BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW.

BUKAN SAHAJA HARI INI,

HARI LAIN PUN SAMA...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...


Monday, February 14, 2011

14 FEBRUARI...



14 februari 2011...


aku bukan nak citer ttg hari valentine...


but...


aku nak ucapkan kepada kakakku tersayang....


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG


KE-25...


SEMOGA PANJANG UMUR,
BERJAYA DALAM KERJAYA
DAN DIRAHMATI ALLAH SWT HENDAKNYA...

N YANG TERPENTING

...



Sunday, February 13, 2011

SEJARAH PERMULAAN VALENTINE DAY'S

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

sumber: http://90born.forumotion.com/t430-sejarah-permulaan-valentines-day

DAH TAHU ASAL USUL SAMBUTAN VALENTINE DAY'S???
NAK SAMBUT LAGI KE???
FIKIR2LAH SENDIRI...


peristiwa di Mesir hari ini...


SUSULAN DARIPADA DEMONSTRASI SUPAYA HOSNI MUBARAK MELETAKKAN JAWATAN...

PETIKAN DARIPADA KOSMO ONLINE

KAHERAH - Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir, timbul spekulasi bahawa beliau akan melarikan diri ke luar negara, lapor beberapa buah akhbar dan laman web semalam.

Hosni, 82, kini dikatakan sedang bersembunyi di sebuah villa miliknya di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir di Laut Merah selepas beliau meninggalkan Istana Presiden dengan menaiki helikopter kelmarin.

Menurut beberapa sumber diplomatik, antara lokasi yang mungkin menjadi pilihan Hosni dan keluarganya ialah Britain, Perancis, Arab Saudi atau Bahrain.

Isteri Hosni, Suzanne memegang pasport Britain manakala seorang anak lelakinya, Gamal memiliki sebuah rumah besar di Belgravia, London menjadikan Britain pilihan terbaik untuknya tinggal di luar Mesir.

Berbanding Arab Saudi, keluarga itu mungkin akan memilih negara Barat.

Perancis juga boleh menjadi lokasi pilihan buat Hosni. Bekas presiden itu mungkin memilih untuk tinggal di Paris kerana beliau pernah menghabiskan masa di sana sebelum pergi ke Heidelberg, Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya sebelum ini.

Sumber-sumber menyatakan Hosni juga mungkin memilih untuk tinggal di sebuah rumah di Bahrain.

Beliau dan pemerintah Bahrain, Sheikh Hamad Ibn Isal Al Khalifa merupakan rakan rapat.

Hosni dikatakan amat mempercayai Sheikh Hamad.

Arab Saudi merupakan antara destinasi yang mungkin menjadi tempat tinggal Hosni kerana bekas Presiden Tunisia yang meletakkan jawatan atas desakan rakyat, Zine El Abidine Ben Ali kini dikatakan tinggal di Jeddah, Arab Saudi pada 14 Januari lalu.

Sementara itu, punca Hosni meletakkan jawatan secara mengejut kelmarin disebabkan kata dua yang diberikan tentera kepadanya sama ada berundur atau berlaku satu rampasan kuasa, lapor akhbar Washington Post semalam.

Menurut akhbar itu, Hosni yang memerintah hampir 29 tahun enggan meletakkan jawatan pada Khamis lalu selepas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta memberitahu Jawatankuasa Perisikan Dewan AS bahawa terdapat petunjuk bahawa Hosni akan meletakkan jawatan.

Keengganan beliau meletakkan jawatan itu menimbulkan kemarahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan, AS yang namanya tidak didedahkan.

Para pegawai tentera memberi kata dua kepada Hosni supaya meletakkan jawatan beberapa jam sebelum pengumuman peletakan jawatan tersebut diumumkan pada pukul 10 malam waktu tempatan kelmarin. Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum Hosni meninggalkan Istana Presiden di sini untuk menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah bersama beberapa anggota keluarganya.

Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini dikatakan tahu bahawa Hosni menerima arahan daripada AS supaya beliau meletakkan jawatan.

Sementara itu, warga Mesir semalam masih meraikan perletakan jawatan Hosni yang menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada tentera dengan menangis kegembiraan, melompat, menjerit, menari serta berpelukan antara satu sama lain.

Malah, ada juga yang berdiri tegak tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Kaherah juga meriah dengan letupan mercun, bunyi hon kereta dan tembakan yang dilepaskan ke udara.

"Rakyat telah menumbangkan rejim. Ini merupakan hari paling gembira dalam generasi saya," kata seorang penunjuk perasaan, Ali al-Tayab.

Di istana presiden, orang ramai menunjukkan tanda V yang membawa maksud kemenangan dan menjerit: "Bergembiralah rakyat Mesir. Hari ini ialah hari perayaan. Dia sudah meletakkan jawatan."

Sejumlah penunjuk perasaan juga dilihat membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah daripada sampah sarap dan bangkai kereta yang terbakar setelah ia menjadi tempat perhimpunan penunjuk perasaan sejak 25 Januari lalu.

Para penunjuk perasaan menuntut Hosni meletakkan jawatan kerana pemerintahannya yang menindas kebebasan bersuara selain tidak membawa kemakmuran ekonomi kepada ramai penduduk yang masih miskin di Mesir. - Agensi


PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA

BANGUNAN RUNTUH DI MESIR....

KAHERAH 13 Feb. - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 23 orang cedera ketika sebuah bangunan di Luxor yang terletak di selatan Mesir runtuh hari ini.

Jumlah kematian mungkin akan meningkat kerana pasukan penyelamat masih menggali runtuhan bangunan setinggi enam tingkat yang runtuh akibat masalah pembinaan bangunan tersebut.

Kemalangan sedemikian sering berlaku di Mesir kerana garis panduan pembinaan sering dilanggar seperti penambahan tingkat bangunan tanpa mendapat kelulusan. - AFP


LEBIH 600 BANDUAN LARI

KAHERAH 13 Feb. - Lebih kurang 600 orang banduan melepaskan diri dari penjara di Kaherah selepas rusuhan berlaku, hari ini.

Menurut pegawai keselamatan, beberapa orang terbunuh dan cedera ketika banduan-banduan tersebut membuat rusuhan dan orang yang tidak dikenali di luar Penjara Marg menembak kearah pengawal.

Ia merupakan kali kedua banduan melarikan diri secara beramai-ramai sejak 28 januari lalu di Penjara Abu Zaabal ketika demonstrasi besar-besaran yang mahu Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.

Antara mereka yang berjaya melarikan diri ketika itu termasuk militan Pakistan dan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban. - AFP

SAYA SAYANG...

KEMPEN PERTAMA

kempen ini diajurkan oleh cik sunah suka sakura..
nak info lanjut sila click
(sini)

KEMPEN KEDUA

"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"

untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Saturday, February 12, 2011

satu dalam sejuta...


kawan...

apa ertinya kawan?

sahabat...
apa ertinya sahabat?

teman...
apa ertinya teman?


adakah kawan, teman dan sahabat itu mempunyai erti yang sama?

pada aku tidak...


kawan???

kawan itu kita boleh jumpa di mana2...
di sekolah, kolej, rumah, taman malah di stesen bas sekali pun...
kawan ni apabila kita kenal dia, maka dia akan jadi kawan kita...
alah macam lelaki nak pikat perempuan...
mula2 nak kawan, lepas 2 bercinta n setereusnya...


sahabat???

sahabat ni mempunyai makna yang lebih mendalam drpd kawan...
sebab apa???
sebab sahabat ni adalah orang yang sentiasa bersama kita diwaktu kita sedih n ketawa...
walaupun kita susah dia tetap ada di samping untuk membantu...



teman???

teman pula...
apa ek???
pada aku teman ni sama dengan sahabat...
tapi teman ni sentiasa menemani kita sama ada susah ataupun senang...
dia akan bersama kita, menemani kita saat kita sedih n sama2 gembira bila melihat kita bahagia...
seperti teman sehidup semati (suami isteri).

ITULAH APA YANG DAPAT AKU KONGSIKAN PENDAPAT AKU TENTANG ERTI MAKNA KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN SEPANJANG 22 TAHUN 5 BULAN AKU HIDUP DI DUNIA INI...

KADANG2 SESEORANG ITU BOLEH MENJADI KETIGA-TIGANYA SEKALIGUS...
TETAPI AMAT PAYAH UNTUK MENCARINYA...

SEKIRANYA MENJUMPAI SESEORANG YANG BOLEH DIANGGAP KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN...

HARGAILAH IA...

MUNGKIN KITA TIDAK AKAN MENEMUI TEMAN SEPERTI ITU LAGI.


WASSALAM

akhirnya...

akhirnya...
tunjuk perasaan yang dilakukan oleh rakyat Mesir supaya presiden Mesir, hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden, akhirnya berbaloi apabila beliau meletakkan jawatan semalam.

PETIKAN BERITA DARIPADA UTUSAN MALAYSIA

KAHERAH 11 Feb. – Presiden Hosni Mubarak dilapor meninggalkan Kaherah bersama keluarganya hari ini dan berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kata jurucakap parti pemerintah, Parti Demokratik, Mohammed Abdellah.

“Mubarak telah meninggalkan Kaherah bersama ahli keluarganya. Beliau berada di Sharm el-Sheikh,” katanya kepada AFP.

Mubarak meninggalkan Kaherah pada hari ke-18 protes besar-besaran di seluruh negara yang menuntut beliau meletak jawatan.

Perhimpunan hari ini merupakan yang terbesar sejak protes tersebut berlangsung tetapi ia dilancarkan selepas solat Jumaat tanpa sebarang unsur keganasan.

Pemergian ke Sharm el-Sheikh kira-kira 570 kilometer dari Kaherah itu bagaimanapun langsung tidak meredakan tunjuk perasaan tersebut.

Mubarak dalam ucapannya kepada rakyat pagi ini berkata, beliau menyerahkan hak istimewa Presiden kepada Naib Presiden, Omar Suleiman tetapi tidak akan berundur dari jawatan tersebut.

Diktator itu berkata, beliau akan kekal sebagai Presiden hanya pada nama sehingga September ini iaitu apabila Pilihan Raya Presiden diadakan.

“Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan kuasa kepada Naib Presiden berdasarkan Perlembagaan.

“Saya sedar akan bahaya dalam keadaan ini dan ia menyebabkan kita terpaksa memilih kepentingan negara berbanding perkara lain,’’ katanya.

Bagaimanapun sikap keras kepala beliau berakhir apabila terpaksa tunduk pada tekanan rakyat dengan mengumumkan peletakan jawatan kira-kira pukul 6 petang (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya yang turut menegaskan bahawa pemerintahan Mesir akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera negara itu. – AFP

PETIKAN BERITA DARIPADA METRO


KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.


“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.

Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.


Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.


“Apa yang kamu tunggu lagi,” jerit seorang lelaki ke arah seorang pegawai tentera di luar istana Hosni di Kaherah. Lebih 5,000 orang menunjuk perasaan di depan istana itu yang dilindungi empat kereta kebal.

Tunjuk perasaan di depan istana itu adalah yang pertama dilakukan selepas tiga minggu tertumpu di Dataran Tahrir.


Ketika khutbah Jumaat di dataran berkenaan, penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Pergi! Pergi!’ setiap kali khatib menyebut nama Hosni.

Dalam pada itu, lebih 10,000 orang merempuh sekatan tentera di depan bangunan Radio Dan Televisyen Mesir.


Sambil memukul gendang, mereka menjerit ‘Pergi! Pergi!’ Tentera dalam kereta kebal depan bangunan itu tidak berbuat apa-apa. - AFP

Friday, February 11, 2011

ghibah???



dh post lepas, aku citer ttg mengumpat, post kali ni aku nak smbung pulak...
tapi aku confius la...yang post lepas aku citer ttg aktvt mengumpat bdk kls aku 2...
tp aku xkasi tahu nama n apa yang mereka umpat...maksudnya aku cerita ttg keburukan mereka jg la walaupun aku rahsiakan nama n apa y diumpatnya (adakah aku berdosa juga kerana mengumpat)...klu aku berdosa ya Allah, kau ampunkanlah aku n org2 yang mengumpat aku ni...aku dah maafkan semua dh...

PENGERTIAN MENGUMPAT

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan
Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama.
Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.





Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

sumber: http://ms.shvoong.com/books/1744583-dosa-mengumpat/

hai, dunia-dunia!!!

dah 14 hari (2 minggu) ak x update blog aku ni...
jd malas skrg ni terutama pas blik kg cuti CNY.

minggu ni nk post title ap pulak ek???
xtfikir la pulak...
tapi masa dalam kelas (kuliah lps CNY) adala t'dengar macam2 yang xelok....
ni bkn nk citer pasal xcident ke, ap ek...but, ttg xtvt mengumpat...
masuk kls mengumpat sana, mengumpat sini...
bkn sj kwn2 sekelas jd mangsa umpatan tp lect yang mengajar pun jd mangsa...
hai, dunia2...
mcm xhormat la pulak org yang bg ilmu.

tapi yang herannya, mereka ni mengumpat xsedar la pulak kekurangan sendiri...
nk citer la ckit ni...
tapi xpyh la kasi tahu nama ye...

masa dlm kelas (kelas pun rahsia)...
disbbkan aku ni berada didepan org yang sdg mengumpat, aku pun dapat dgr la apa yang mereka umpat 9xpasal2 dpt dosa free)...
kata2 mcm kt myb kwn2 mrka n lect2 mereka...
mereka ni la yang byk ckap n banyak menyampuk bila lecterur mengajar...
pendek kata mengganggu sesi pembelajaran n tumpuan org lain...
kalau mereka xminat apa yang diajar oleh lect mereka bersembang...
sampai meluat orang tgk...
kalau org suruh diam, lg dia bercakap banyak...

tp...ad tapinya ni...
bila org lain bercakap, boleh menjerit suruh diam...
huhuhu
mmg xsdr diri mereka ni...

OLEH ITU, AKU HARAP KEPADA SEMUA, SEBELUM MENGUMPAT,
MENGATA ORANG CERMIN2LAH DIRI SENDIRI...
KALAU NAK KATA JUGA, P KATA DEPAN ORANG TERSEBUT...
BERTERUS-TERANGLAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...