Followers

Thursday, January 27, 2011

KETAJAMANNYA AMAT BERBAHAYA...



apa yang paling tajam di dunia???
adakah pedang???
kerana dapat menikam dan membunuh...
adakah pisau???
yang digunakan di dapur dan sebagainya...
adakah gunting???
yang digunakan untuk menggunting rambut n kain...
adakah jarum???
yang dapat menjahit...

(brp byk adakah la)

sesuatu yang amat tajam adalah lidah. lidah adalah organ manusia yang amat berbahaya ibarat pisau kerana kita perlu berhati-hati menggunakannya...
seperti ayat di bawah:

"Engkau merancangkan penghancuran, lidahmu sepeti pisau cukur yang diasah,..." Mazmur 52:4

seperti juga pepatah melayu:

"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".

madah ulama' pula:

"Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).

"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).


lidah mampu membinasakan sesebuah negara, ummah, persaudaraan...
selain itu lidah juga mempunyai 17 bahayanya...


17 bahaya lidah adalah:

  1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. suka menghina orang lain.
  12. menyebarkan rahsia.
  13. berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. memuji yang melampau-lampau.
SUDAH TAHU BAHAYA LIDAH???

Oleh itu, gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya...lidah yang dikurniakan Allah kepada kita adalah untuk kita menggunakannya ke arah kebaikan, bukan ke arah kemaksiatan.
gunakanlah lidah untuk:

• berzikir,

• membaca al-Quran,

• menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah,

• berdoa, berkomunikasi dengan Allah dan manusia untuk menyampaikan hasrat dan atau memohon hajat yang diredai Allah, yang diharuskan oleh syar'i .

Saturday, January 22, 2011

RAYYAN FANTASI...


sebenarnya dah lama aku habis baca buku ni...akhir bulan 12/2010...tapi sekarang baru nak post kat sini...sebab tak tahu nak post apa...otak pun dah blur ngan asgmt yang tak siap lagi.
best juga novel ni...ni bukan novel RAM yang pertama yang aku baca...semua novel RAM semua aku dah baca...ni novel terbaru dia...kiranya aku ni mmg peminat novel dia la...
dari novel pertama dia Tombiruo keluaran alaf 21 hingga novel Rayyan Fantasi ni semua aku dah baca...termasuklah novel RAM yang bukan keluaran alaf 21 seperti igauan maut dan pei pan.
aku ni sebenarnya malas nak tulis sinopsis novel yang aku baca...
tetapi tak tahu la hari ni nak tulis la pulak...

di sini sinopsis novel ni...

ayah aidin sengaja merahsiakan asal usul keturunan aidin. bukan sahaja daripada aidin sendiri tetapi juga daripada mama aidin...hanya datuk aidin (ayah kepada mama aidin) sahaja yang tahu walaupun tak keseluruhannya. hal itu terbongkar pun sebab ayah aidin menyelamatkan nyawa datuk aidin daripada maut (penyakit paru2).
aidin ni membesar sebagai manusia yang sihat tanpa ada sebarang penyakit...malah tak pernah demam langsung...begitu juga dengan ayah aidin...ini menghairankan mama aidin...
sehinggalah pada suatu hari aidin pengsan dan disahkan mengidap barah otak tahap empat (masa tu aidin belajar kat UKM dan telah bertunang dengan Feena)...
disebabkan aidin fikir dia akan mati maka dia telah senaraikan apa yang ingin dia lakukan pada bulan terakhir kehidupannya...salah satunya adalah untuk mendaki gunung Kinabalu...hasrat aidin tercapai...namun begitu, semasa ingin turun dari Gunung Kinabalu aidin hilang...
aidin muncul kembali setelah 5 tahun berlalu (dan masa tu banyak dah berubah)...
beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku dan aidin dikaitkan dengan pembunuhan itu.

ingin mengetahui keseluruhan cerita,
apa yang berlaku pada aidin,
siapa sebenarnya asal usul aidin dan ayahnya,
di manakah aidin menghilang dan
siapakah yang melakukan pembunuhan ngeri ini

saya sarankan anda membacanya...

Friday, January 21, 2011

SEKSI???


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEKSI???

macam2 pendapat dan respon aku dengar bila tanya tentang seksi.
Bagi lelaki lain, perempuan pun lain...
macam2 mereka definisikan seksi...

dedah bahagian atas...
adakah ini dinamakan seksi???



dedah bahagian bawah...
adakah ini dinamakan seksi???

dedah atas dan bawah...
adakah ini seksi???

pakai baju kurung pun seksi???

bibir pun dikaitkan dengan seksi...

seksi suatu yang mempunyai maksud yang hanya diketahui oleh mereka sendiri...
iaitu terserahlah kepada individu terbabit untuk meletakkan maksud di sebalik seksi...

bagi lelaki, seksi ialah:
apabila perempuan mengenakan pakaian yang boleh menaikkan nafsu mereka
(salah siapa kalau adanya kes rogol).
seksi bukan sahaja bagi mereka yang berpakaian singkat tetapi juga yang berpakaian ketat.
kadang2 lelaki juga melihat seseorang perempuan itu seksi dengan melihat anggota badannya seperti tangan, kaki, bibir dan mata.
cara berjalan juga menjadi perhatian para lelaki kerana terdapat sesetengah lelaki menganggap cara berjalan wanita adalah seksi.
bukan sahaja bentuk yang langsing dikatakan lelaki sebagai sesuatu yang seksi, tetapi bentuk badan yang gempal ataupun montel juga dianggap lelaki sebagai sesuatu yang seksi.
manakala ada sesetengah lelaki menganggap seseorang wanita itu seksi apabila mereka menjaga kelakuan dan peribadi...
selain itu, mereka juga mempunyai minda yang cerdas dan mempunyai sikap percaya diri juga dikatakan seksi.

bagi wanita, seksi ialah:
seksi itu merupakan daya penarik bagi seseorang...
seksi apabila menampakkan bentuk tubuh dengan pakaian yang ketat...
seksi apabila perempuan mendedahkan sebahagian anggota badan (MasyaAllah)
seksi apabila seseorang itu menjaga penampilan baik dari segi berpakaian dan cara makeup...
seksi apabila lelaki mempunyai body yang berotot...

KALAU AKU NAK TULIS DI SINI BANYAK...
TAPI TERPULANGLAH KEPADA KALIAN UNTUK MENENTUKAN MAKSUD SEKSI TERSEBUT...






Sunday, January 16, 2011

demam...

lama sudah tak update blog ni (tiru loghat sabah la pulak ak ni)...
maklumlah kurang bertenaga n xada idea nak masukkan dalam blog ni...
tambah2 lagi dah 6 hari demam...hr ni baru bertenaga sikit (2 pun lps 4, 5 kali muntah lps mkn)...
membazir aje makan, 1 apa pun xlekat...

apabila diingat2kan balik, aku rasa orang yang sihat patut bersyukur dengan kesihatan yang ada...tambah2 yang xda penyakit kronik.
macam2 aku dengar drpd org (xkira la siapa pun- telinga lintah sungguhla aku ni),
klu yang bekerja 2 nk aje mc...
padahal sakit xla teruk mn pun...
mcm lecturer aku cakap semalam ada yang sanggup beli mc semata2 malas bekerja...
bukan saja yang bekerja, student2 pun sama...
klu pergi pusat kesihatan xdpt mc (2 la student mls nk p 2)...
tp mereka ni lebih suka pegi klinik yang berbayar untuk dapat mc (macam2 orang).

(apa yg ak merepek pjg lebar ni)

SINI
AKU NAK NASIHATKAN KAT SEMUA YANG MSUK BLOG AKU NI,
KLU SIHAT 2 NIKMATILAH HIDUP DENGAN BAIK,
DAN BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN KESIHATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADA KITA.
NANTI APABILA KITA SAKIT, MGKIN SSH UNTUK
KITA LAKUKAN AKTIVITI YANG SERING KITA LAKUKAN SEWAKTU SIHAT,
MAKAN PUN XSELERA (MGKIN MUNTAH BALIK)

Wednesday, January 12, 2011

Wajah Baru...


akhirnya siap juga aku mengedit wajah blog aku ni setelah macam-macam masalah timbul...

INTERNET LOW...
TULISAN LARI...
GAMBAR TAK BOLEH MASUK...
MACAM2 LA KALAU AKU NAK SENARAIKAN KAT SINI...
NI PUN ADA YANG TAK PUAS HATI LAGI...
TAPI MALAS DAH NAK EDIT...
KALAU UBAH BACKGROUND SEMUA KENA UBAH...
PENING2...



Saturday, January 8, 2011

jelajah kampus...

xsangka pula lect sem ni macam2 perangai...mcm2 la asgmt y kena buat. itu xkisah la sbb dh jd tugas sbg student, but y ni xthn ni, kelas semalam punya pasal. kelas sepatutnya dah mula pukul 8 pagi, lect lewat 2 mnt aje...xkisah la y itu, but ada ke patut pihak akademik letakkan kelas kami dalam bilik y ada pc ) itu sesuai untuk budak2 IT saja. kami mahu belajar mcm mn??? muka lect pun xnampak...so untuk memudahkan pengajaran lect minta salah seorang drpd budak lelaki utk cri kelas kosong kt bangunan tu jg... so jumpala kelas tu y sesuai utk kami y bukan student IT ni. tapi, lain pula ceritanya, selepas kami berpindah dari tingkat 3 ke tingkat satu (turun tangga ooo) icon pula rosak... lect kata nk bljr mcm mn ni, dlm keadaan panas xbleh belajar ni??? so, dia minta kami pindah balik kelas asal kami di tingkat 3 (naik tangga lagi- bleh hilang lemak 2 kg ni). alih2 masuk kelas, dia xpuas hati, dia suruh student lelaki cari kelas kt bangunan2 sebelah. di pendekkan cerita jumpalah 2, 3 kelas kosong, namun ada sahaja xlengkap). dia suruh pg tgk kt dewan kuliah kat tepi jalan pula...dia sruh budak tu check semua bleh guna tak, kalu bleh guna call dia bgtahu, bleh la semua berpindah...n pendekkn cerita bleh guna n kami semua berhijrah lagi.

Thursday, January 6, 2011

SURAT TERBUKA ANAK YANG DIGUGURKAN KEPADA IBUNYA...

Untuk Bondaku tersayang...

Bonda...

Bagaimana khabar bonda hari ini? Semoga bonda baik-baik saja...nanda juga di sini baik-baik saja bonda... Allah sayang sangat sama nanda. Nanda menulis surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta nanda sama bonda....

Bonda, ingin sekali nanda menyapa perempuan yang telah merelakan rahimnya untuk nanda diami walaupun hanya sesaat...

Bonda, sebenarnya nanda ingin lebih lama hidup di rahim bonda, ruang yang kata Allah paling kukuh dan paling aman di dunia ini... tapi rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran nanda, jadi sebagai anak yang baik, nanda pun rela menukarkan kehidupan nanda demi kebahagiaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda menggugurkan nanda, sakit SANGAT bonda....badan nanda rasanya seperti disiat-siat... dan keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikan apalagi hati nanda, ngeri, merasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.

Tapi nanda tidak kecewa bonda... kerana dengan begitu, bonda telah menghantarkan nanda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan nanda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.

Bonda, nanda mahu cerita, dulu nanda pernah menangis dan bertanya kepada Allah, mengapa bonda menggugurkan nanda saat nanda masih berupa wujud yang belum sempurna dan membiarkan nanda sendirian di sini? Adakah bonda tidak sayang sama nanda? Bonda tidak ingin mencium nanda? Atau jangan-jangan kerana nanti nanda nakal dan suka membuat hal? Lalu Allah beritahu, bonda kamu malu sayang... kenapa bonda malu? Kerana dia takut kamu dilahirkan sebagai anak haram... anak haram itu apa ya Allah? Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa ayah... Nanda bingung dan bertanya lagi sama Allah, ya Allah, bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali nabi Adam dan Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahawa bonda dan ayah memproses nanda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah dan Allah Redhai. Nanda semakin bingung dan akhirnya nanda putuskan untuk diam.

Bonda, nanda malu terus-terusan bertanya kepada Allah, walaupun Dia selalu menjawab semua pertanyaan nanda tapi nanda mahu bertanya kepada bunda saja, pernikahan itu apa? Kenapa bonda tidak menikah saja dengan ayah? Kenapa bonda membuat nanda menjadi anak haram dan mengapa bonda mengusir nanda dari rahim bonda dan tidak memberi kesempatan nanda hidup di dunia dan berbakti kepada bunda? Maaf ya bonda, nanda banyak bertanya... nanti saja bonda beritahu bila kita bertemu.

Oh ya Bunda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan nanda ke tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan dan sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal nanda di syurga. Di situ banyak orang yang dibakar dengan api ..minumnya dengan nanah dan makannya buah-buahan aneh, banyak durinya...yang paling parah, ada perempuan yang ditusuk dan dibakar seperti satay, ngeri sungguh nanda melihatnya.

Tiba-tiba malaikat berkata sama nanda, Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak bertaubat kelak di situlah tempatnya...di situlah orang yang berzina akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu nanda menangis dan berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke situ.... nanda sayang bonda... nanda rindu dan ingin bertemu bunda... nanda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan nanda ingin kita tinggal bersama di syurga... nanda takut, bonda dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu...

Lalu, dengan lembut malaikat berkata... nak, kata Allah kalau kamu sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bondamu tinggal di syurga bersamamu, tulislah surat untuk mereka... sampaikan berita baik bahawa kamu tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan sampaikan juga khabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.

Saat mendengar itu, segera saja nanda menulis surat ini untuk bunda, menurut nanda Allah itu baik bonda.... Allah akan memaafkan semua kesalahan makhluk Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha... bonda taubat ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh berkumpul bersama di sini... nanti nanda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar... nanda janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, soalnya kata Allah di sana panas sangat bonda... barisannya juga panjang, semua orang sejak zaman nabi Adam kumpul disitu... tapi bonda jangan khuatir, Allah janji, walaupun ramai kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan jadi orang yang baik, pasti nanda boleh bertemu bonnda dan ayah.

Bonda, kasihi kesempatan buat nanda ya.... biar nanda boleh merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, nanda juga mohon sama bonda...jangan sampai adik-adik nanda mengalami nasib yang sama dengan nanda, biarlah nanda saja yang merasakan sakitnya dipersia-siakan . Tolong ya bonda, kasihi adik-adik kesempatan untuk hidup di dunia menemani dan merawat bonda saat bonda tua kelak.

Sampai sini saja dulu ya bonda... nanda mahu main-main dulu di syurga.... nanda tunggu kedatangan ayah dan bunda di sini... nanda sayang sangat sama bonda....muaaah!

sumber: http://gratisanlounge.blogspot.com

Read more: http://musafircyber.blogspot.com/2010/12/surat-terbuka-anak-yang-digugurkan.html#ixzz1A9s91MIF

Wednesday, January 5, 2011

Amalan Jimat Tenaga Elektrik bagi Peti Sejuk


Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Apatah lagi, ia biasanya digunakan selama 24 jam. Oleh itu, jika ingin mengurangkan bil elektrik di rumah, kita perlu mengetahui cara untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik peti sejuk. Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan. Cairkan air terbeku dengan kerap. Jangan biarkan air terbentuk melebihi 0.5 cm. Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat. Letakkan sekeping kertas satu ringgit dan tarik. Jika kertas boleh ditarik dengan mudah, maka gasket perlu ditukar. Untuk memastikan penyejukan yang baik, pastikan barangan makanan disimpan secara teratur. Pengaliran udara yang baik memastikan pengunaan tenaga dengan cekap. Tutup makanan yang berair. Kandungan air yang tinggi dalam peti sejuk akan menyebabkan kompresor berkerja keras

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...