Followers

Saturday, October 30, 2010

KEAJAIBAN DUNIA



bagi yang belum tahu...

Tanggal 7 julai 2007 telah diumumkan di Lisbon, Portugal telah diumumkan 7 keajaiban dunia oleh New 7 Wonders yang dipilih melalui undian.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui bangunan yang telah disenaraikan sebagai 7 keajaiban di dunia, berikut seperti di bawah...


1. TEMBOK BESAR CHINA (tembok besar tiongkok) - 220 B.C & 1368-1644 A.D

Lokasi : Republik Rakyat China
Simbol : Perlindungan

Tembok Besar Cina dibangun untuk menghubungkan benteng-benteng yang ada ke dalam satu kesatuan sistem pertahanan dan agar lebih mudah untuk terus menyerang suku-suku Mongol keluar dari Cina. Ini adalah buatan manusia terbesar yang pernah ada, monumen ini telah dibangun dan masih menjadi perdebatan bahwa monumen ini adalah satu-satunya monumen yang tampak dari luar ruang angkasa. Banyak ribuan orang yang meninggal untuk membangun konstruksi kolosal ini.








TEMBOK BESAR CHINA

2. PETRA, JORDAN - 9 B.C - 40 A.D

Lokasi : Jordan
Simbol : Teknik, Perlindungan

Di tepi gurun pasir Arab, Petra merupakan ibukota kerajaan Nabataean dengan rajanya adalah Aretas ke-IV (9 SM hingga 40 Masehi). Teknologi air yang sangat tinggi, tersedia di Nabataeans, kota ini dibangun dengan konstruksi terowongan besar dan bak-bak air raksasa. Dalam bangunan ini terdapat sebuah teater, model Yunani-Romawi yang memiliki ruang untuk 4000 orang penonton. Hari ini, Istana Makam Petra, dengan tinggai 42 meter adalah contoh kebudayaan Timur Tengah yang menakjubkan.




PETRA, JORDAN

3. CHRIST REDEEMER - 1931

Lokasi : Rio de Janeiro, Brazil
Simbol : Penerimaan, Keterbukaan

Patung Yesus ini memiliki tinggi sekitar 38 meter, berdiri di puncak gunung Corcovado menghadap Rio de Janeiro. Didesain oleh Heitor da Silva Costa seorang Brazilian, dan dibuat oleh pemahat berkebangsaan Perancis Paul Landowski. ini adalah salah satu monumen yang paling terkenal di dunia. Patung ini butuh waktu lima tahun untuk dibangun dan diresmikan pada 12 Oktober 1931. Patung ini telah menjadi simbol kota dan kehangatan dari orang-orang Brasil, yang menerima tamu dengan tangan terbuka.

CHRIST REDEEMER, BRAZIL

4. MACHU PICCHU - 1460-1470

Lokasi : Cuzco, Peru
Simbol : Dedikasi, Komuniti

Pada abad ke-15, Kaisar Inka Pachacútec membangun sebuah kota di awan di atas gunung yang dikenal sebagai Machu Picchu ("gunung tua"). Bangunan yang luar biasa ini terletak di tengah Andes Plateau, jauh di hutan Amazon dan di atas Sungai Urubamba. Bangunan ini mungkin ditinggalkan oleh suku Inca karena wabah cacar dan, setelah Spanyol menaklukkan Kekaisaran Inka, kota ini tetap 'hilang' selama lebih dari tiga abad. Ditemukan kembali oleh Hiram Bingham pada tahun 1911.

MACHU PICCHU, PERU

5. CHICHEN ITZA - sebelum 800 A.D

Lokasi : Yucatan, Mexico
Simbol : Pemujaan, Ilmu Pengetahuan

Chichen Itza, adalah kuil suku Mayan yang paling terkenal, yang digunakan oleh suku Mayan pada saat itu sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi. Variasi bangunannya yang sangat beragam seperti piramida Kukulkan, Kuil Chac Mool, Aula dengan ribuan pilar raksasa masih dapat kita lihat hingga hari ini. Piramida ini dikatakan sebagai piramida terakhir dan yang terbesar dari semua kuil-kuil suku Mayan.

CHICHEN ITZA, MEXICO

6. COLOSSEUM, ITALY -70-82 A.D

Lokasi: Rome, Itali
Simbol : Kesenangan, Penderitaan

Arena raksasa ini berada di tengah pusat kota Roma, dibangun untuk merayakan kemuliaan Kekaisaran Romawi. Konsep desain masih dipakai hingga hari ini, dan hampir setiap stadion olahraga modern sekitar 2.000 tahun kemudian masih mengikuti jejak desain stadium. Hari ini, melalui film dan buku-buku sejarah, kita bahkan lebih sadar akan kejam perkelahian dan permainan yang berlangsung di arena ini, yang semuanya itu hanya untuk kegembiraan penonton.


COLOSSEUM

7. TAJ MAHAL, AGRA, INDIA - 1630 A.D

Lokasi: Agra, India
Simbol: Cinta, hasrat

Makam yang sangat luas ini dibangun atas perintah Shah Jahan, kaisar Mogul Muslim yang kelima, untuk mengenang istrinya tercinta. Terbuat dari marmer putih dan dikelilingi taman-taman yang indah. Taj Mahal dianggap sebagai permata seni Islam yang paling sempurna di India. Konon sang kaisar sendiri akhirnya dipenjara dan hanya bisa melihat Taj Mahal dari jendela kecil di sel tahanannya.




TAJ MAHAL


UNTUK PENGETAHUAN, SAYA TIDAK PASTI PIRAMID TERMASUK DALAM 7 KEAJAIBAN DUNIA...SEKIRANYA TERSENARAI, MUNGKIN TERMASUK DALAM 8 KEAJAIBAN DUNIA...
TAPI PENDAPAT SAYA, PIRAMID MERUPAKAN SALAH SATU KEAJAIBAN DUNIA KERANA KEKAL HINGGA SEKARANG.


8. PIRAMID GIZA, MESIR

Lokasi: Cairo, Mesir
Simbol: Tidak Musnah, Keabadian

(Kandidate Kehormatan, kerana satu-satunya dari Tujuh Keajaiban Dunia Kuno yang masih ada)



MENAJUBKAN BUKAN???
TERUTAMA PIRAMID GIZA YANG DIBINA OLEH KERAJAAN FIRAUN YANG MASIH TEGAK BERDIRI WALAUPUN TELAH BANYAK BANGUNAN YANG TERSENARAI DALAM 7 KEAJAIBAN DUNIA TELAH MUSNAH AKIBAT PERANG, BENCANA ALAM DAN SEBAGAINYA...

BAGAIMANA MANUSIA ZAMAN DAHULU MEMBINA BANGUNAN INI TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG ALATAN YANG BERTEKNOLOGI CANGGIH?

ITULAH KUASA ALLAH SWT YANG MAHA BIJAKSANA DALAM MENJADIKAN MAKHLUK2-NYA...


Friday, October 29, 2010

KISAH SEORANG BUDAK & PEREMPUAN TUA





Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati”.

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkanTAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

tempat teraneh???

1. Sealand: a micronation on the waters of the North Sea

Sealand adalah negara mini yang berlokasi 10 kilometer dari tepi pantai Suffolk, Inggris. Sealand dihuni oleh keluarga dan kerabat Paddy Roy Bates. Area yang bisa dihuni hanya sekitar 550 m2.

Meskipun kedaulatan dan kekuasaan negara ini tidak diakui oleh negara manapun, ini mungkin menjadi negara mini yang paling dikenal di dunia, dan kadang muncul dalam perdebatan sebagai studi kasus bagaimana berbagai prinsip hukum internasional bisa diperdebatkan.

2. Thank you for Fucking, Austria

Fucking adalah nama kota kecil di Austria (populasi 150). Kota kecil ini deikenal dengan nama “Fucking” kurang lebih sejak 1070.
Hal yang paling populer di kota ini adalah marka jalan dengan nama kota ini, kadang banyak turis yang berbahasa inggris berhenti hanya untuk sekedar mengambil foto. Bahkan, marka jalan yang satu ini menjadi marka jalan paling banyak dicuri di Austria. Penduduk kota memiliki anggaran khusus untuk mengganti marka jalan yang dicuri tersebut.

3. A museum devoted to the Penis

The Icelandic Phallological Museum di Husavík, Islandia, adalah museum yang didedikasikan pada phallology. Saat ini museum ini memiliki 154 spesimen yang dipamerkan layaknya trofi berburu, dibalsem dengan formaldehia, atau dikeringkan di kotak display. Museum ini berusaha mengumpulkan spesimen penis dari setiap mamalia yang ada di Islandia, termasuk beberapa spesies yang terancam punah atau yang sudah punah di perairan Islandia.

4. Erving’s Location. Population: 1

Erving’s Location terletak di provinsi Coos, New Hampshire. Di New Hampshire lokasi, kontribusi, distrik , dan jual beli adalah hal yang terpisah dari provinsi yang bukan merupakan bagian dari kota dan memiliki pemerintahan sendiri secara terbatas(jika ada, kebanyakan tak berpenghuni).
Menurut sensus tahun 2000, satu orang hidup di Erving. Beberapa berspekulasi bahwa statistik sensus untuk Erving bisa saja merupakan malfungsi komputer.

5. The Mojave Lonely Phone Booth

The Mojave Phone Booth adalah satu-satunya telepon booth di Mojave National Preserve yang menarik perhatian banyak orang di tahun 1997, karena lokasinya yang tidak wajar. Booth yang satu ini berjarak 15 mil dari jalan raya terdekat antar negara bagian, dan bermil-mil dari bangunan manapun. Orang-orang kadang menelpon booth ini hanya untuk mendapat jawaban, dan beberapa yang lain melakukan perjalanan ke lokasi booth ini untuk menjawab telepon, sering ada yang berkemah di sekitarnya. Ceritanya menginspirasi pembuatan film Mojave Phone Booth , yang dirilis 2006 lalu. Kok gw blom pernah denger nih pelem yah?

6. The smallest park in the world: 452 in2

Mill Ends Park di Portland, Oregon adalah taman terkecil di dunia, menurut Guinnes Book of Record. ‘taman’ ini berukuran 610mm yang pada tahun 1948 sebenarnya bertujuan dibangun untuk tiang lampu. Taman ini dilengkapi dengan beberapa barang yang tidak wajar selama bertahun-tahun termasuk kolam renang untuk kupu-kupu (lengkap dengan peralatan menyelam) dan miniatur ferris wheel (ditambah kran air dengan ukuran biasa). Tertarik buat mengalahkan rekor ini?

7. A Christian Chapel decorated by the bones of 40,000 people

he Sedlec Ossuary kapel kristen kecil, yang berlokasi di bawah Cemetery Church of All Saints di Czech Republic. The ossuary berisi kira-kira 40.000 tengkorak manusia yang ditata secara artistik untuk membentuk dekorasi dan peralatan untuk kapel tersebut.

1. Sealand: a micronation on the waters of the North Sea

Sealand adalah negara mini yang berlokasi 10 kilometer dari tepi pantai Suffolk, Inggris. Sealand dihuni oleh keluarga dan kerabat Paddy Roy Bates. Area yang bisa dihuni hanya sekitar 550 m2.

Meskipun kedaulatan dan kekuasaan negara ini tidak diakui oleh negara manapun, ini mungkin menjadi negara mini yang paling dikenal di dunia, dan kadang muncul dalam perdebatan sebagai studi kasus bagaimana berbagai prinsip hukum internasional bisa diperdebatkan.

http://www.benettontalk.com/Sealand.jpg

2. Thank you for Fucking, Austria

Fucking adalah nama kota kecil di Austria (populasi 150). Kota kecil ini deikenal dengan nama “Fucking” kurang lebih sejak 1070.
Hal yang paling populer di kota ini adalah marka jalan dengan nama kota ini, kadang banyak turis yang berbahasa inggris berhenti hanya untuk sekedar mengambil foto. Bahkan, marka jalan yang satu ini menjadi marka jalan paling banyak dicuri di Austria. Penduduk kota memiliki anggaran khusus untuk mengganti marka jalan yang dicuri tersebut.

http://musing85.typepad.com/blog/images/austria2.jpg

3. A museum devoted to the Penis

The Icelandic Phallological Museum di Husavík, Islandia, adalah museum yang didedikasikan pada phallology. Saat ini museum ini memiliki 154 spesimen yang dipamerkan layaknya trofi berburu, dibalsem dengan formaldehia, atau dikeringkan di kotak display. Museum ini berusaha mengumpulkan spesimen penis dari setiap mamalia yang ada di Islandia, termasuk beberapa spesies yang terancam punah atau yang sudah punah di perairan Islandia.

http://www.nancarrow-webdesk.com/warehouse/storage2/2008-w19/img.220739_t.jpg

4. Erving’s Location. Population: 1

Erving’s Location terletak di provinsi Coos, New Hampshire. Di New Hampshire lokasi, kontribusi, distrik , dan jual beli adalah hal yang terpisah dari provinsi yang bukan merupakan bagian dari kota dan memiliki pemerintahan sendiri secara terbatas(jika ada, kebanyakan tak berpenghuni).
Menurut sensus tahun 2000, satu orang hidup di Erving. Beberapa berspekulasi bahwa statistik sensus untuk Erving bisa saja merupakan malfungsi komputer.

5. The Mojave Lonely Phone Booth

The Mojave Phone Booth adalah satu-satunya telepon booth di Mojave National Preserve yang menarik perhatian banyak orang di tahun 1997, karena lokasinya yang tidak wajar. Booth yang satu ini berjarak 15 mil dari jalan raya terdekat antar negara bagian, dan bermil-mil dari bangunan manapun. Orang-orang kadang menelpon booth ini hanya untuk mendapat jawaban, dan beberapa yang lain melakukan perjalanan ke lokasi booth ini untuk menjawab telepon, sering ada yang berkemah di sekitarnya. Ceritanya menginspirasi pembuatan film Mojave Phone Booth , yang dirilis 2006 lalu. Kok gw blom pernah denger nih pelem yah?

http://www.friendsoffilm.com/images/mojavephonebooth.jpg

6. The smallest park in the world: 452 in2

Mill Ends Park di Portland, Oregon adalah taman terkecil di dunia, menurut Guinnes Book of Record. ‘taman’ ini berukuran 610mm yang pada tahun 1948 sebenarnya bertujuan dibangun untuk tiang lampu. Taman ini dilengkapi dengan beberapa barang yang tidak wajar selama bertahun-tahun termasuk kolam renang untuk kupu-kupu (lengkap dengan peralatan menyelam) dan miniatur ferris wheel (ditambah kran air dengan ukuran biasa). Tertarik buat mengalahkan rekor ini?

7. A Christian Chapel decorated by the bones of 40,000 people

he Sedlec Ossuary kapel kristen kecil, yang berlokasi di bawah Cemetery Church of All Saints di Czech Republic. The ossuary berisi kira-kira 40.000 tengkorak manusia yang ditata secara artistik untuk membentuk dekorasi dan peralatan untuk kapel tersebut.

http://farm1.static.flickr.com/169/396747786_9f2c666149.jpg?v=0

8. Climb the World’s steepest street

Jalan sepi di pinggiran kota Baldwin Street, di New Zealand kota bagian selatan Dunedin, dianggap sebagai jalan paling curam di dunia.
Pada sudut paling maksimum, kemiringannya kira-kira 1:2.86 (20° atau 38%)- sehingga , untuk setiap jarak 2,86 meter secara horisontal, ketinggiannya mencapai 1 meter.

9. Walcome to Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch adalah desa di pulau Anglesey di Wales. Dikenal secara resmi memiliki nama tempat paling panjang di Inggris, dan di dunia. Nama panjang tersebut direncanakan di tahun 1860 atas kebanggan memiliki nama terpanjang dari jalur rel kereta api di Great Britain, tapi tidak dianggap kata otentik di tata bahasa Welsh. Kalau di terjemahkan ke dalam bahasa indonesia kira-kira artinya “Gereja St Mary di lembah pohon hazel putih dekat pusaran air cepat dan gereja gua merah St Tysilio ”.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/3d/Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch_station_sign.jpg

10. Climb the Rabbit’s Hill

http://bean.theleemsmachine.com/bunny3.jpg

Colletto Fava adalah bukit yang berketinggian 1.500 m di bagian selatan daerah Piedmont di Italia. Tahun 2005, kelinci pink raksasa dibangun disisi pegunungan. Anggota grup seniman Viennese yang mendirikan ini bukan hanya berharap orang-orang akan memperhatikan karya mereka, tapi juga agar pendaki tertarik untuk mendaki dan beristirahat di atasnya. Kenapa harus kelinci?

Thursday, October 28, 2010

KATAK PURU dgn PUTERI?

saya pun tak tahu nak tulis apa untuk post kali ini...mungkin krn stress memikirkan tentang minggu daftar kursus kali ini. dah la lewat...lepas tu nk on myupsi portal pun xbleh...nk bt mcm mana...mgkin ini bkn kesilapan sesiapa, sbb setiap yang ditimpakan ke atas kita mesti ada hikmahnya. ada juga yang marah sbb terpaksa berjaga sampai ke pagi untuk daftar kursus, namun sistem masih xok... harap2 kawan2ku semua dapat bersabar dan mari sama2 kita membaca kisah dibawah ini untuk pengajaran kepada anda (walaupun xada kena mengena dengan myupsi portal la, baca ajelah)



Kisah Putera Katak Puru & Puteri Raja


Tersebutlah kisah seekor Putera Katak Puru yang kuat berangan, sampai Mat Jenin pun surrender angkat bendera putih dengan kekuatan angan-angan Putera Katak Puru. Walaupun Putera Katak Puru ini kuat berangan, namun Putera Katak Puru ini rajin menuntut ilmu. Malangnya, kerana terlalu panjang angan-angan, ilmu yang dimilikinya tidak dimanfaatkan untuk mendidik diri sendiri. Sebaliknya ilmu tersebut digunakan untuk menghina manusia lain dan mendabik dada dengan sombong dan takbur sambil mengatakan diri dia adalah ahli salaf dan makhluk lain yang tak bersependapat dengannya adalah ahli bidaah.


Suatu hari, sedang Putera Katak Puru sedang melompat-lompat di suatu daerah di negara Yaman sambil mengejar lalat dan langau untuk dijadikan Pizza Lat (Pizza Lalat) sebagai santapannya. Terpandanglah Putera Katak Puru seorang Puteri Raja sedang belajar dengan seorang Ustad. Putera Katak Puru terpaut hati apabila memandang Puteri Raja tersebut. Pada yang sama juga Putera Katak Puru naik berbulu tengok Ustad mengajar Puteri Raja dengan ilmu yang tak sefahaman dengannya.


Maka timbullah angan-angan Mat Jenin seperti yang pernah dia baca dalam buku dongeng klasik Charles Dicken. Menurut buku Charles Dicken, kalau Puteri Raja mencium Putera Katak, Putera Katak Puru akan bertukar jadi Otromen. Ehhh Silap. Sorri. Bukan jadi Otromen, tapi jadi Putera Raja Yang Kacak Lagi Encem macam Tom Cruise. Dan akhirnya Putera Raja akan jadi suami kepada Puteri Raja.


Maka sejak itulah niat Putera Katak Puru dah bercabang. Bukan nak jadi Ahli Salaf saja tapi nak jadi Putera Raja Yang Kacak Encem macam Hans Isaac. Nak jadi kaya raya macam Sultan Brunei. Nak jadi besar macam Bigfoot. Nak jadikan Puteri Raja bini dia gak. Amboiiiiiiii !!!! Banyak betul niat dia ni. Baru nampak seorang awek yang cun melecun, niat hati dah bercabang-cabang macam tanduk rusa. Tak padan yang katak dia ni. Ini semua disebabkan ilmu yang Putera Katak Puru miliki bukan untuk mendidik diri sendiri tetapi untuk mendapat pujian makhluk, agar dipanggil dia seekor katak yang arif dalam segala-gala hal.


Disebabkan asyik mahsyuknya Putera Katak Puru. Maka dia pun memberanikan diri untuk menegur Puteri Raja. Tak padan yang katak dia ni. Nafsu punya pasal, sanggup dia gadai prinsip nak jadi Ahli Salaf, dan bertukar menjadi Ahli Ngorat. Suatu hari, sebaik saja Puteri Raja habis belajar, Putera Katak Puru pun sambil terjelir-jelir lidah, melompat-lompat katak menghampiri kepada Tuan Puteri. Dan menegur Puteri Raja.


PUTERA KATAK PURU : Assalamualaikum

PUTERI RAJA : Wa alaikumsalam

PUTERA KATAK PURU : Ehmm. Ehmmm. Boleh saya berkenalan ?

PUTERI RAJA : Tak perlu bagitau, saya tahu awak Putera Katak Puru.

PUTERA KATAK PURU : Hehehehe (Dalam ati PUTERA KATAK PURU yang perasan : Femes gak aku. Lom intro lagi, dia dah kenal siapa aku )

PUTERA KATAK PURU : Apesal awak belajar dengan Ustad tu ? Dia bukan terrer bab-bab mengajar ni. Saya lagi terrer. Saya boleh ajar awak.

PUTERI RAJA : Apa yang PUTERA KATAK PURU boleh ajar saya ?

PUTERA KATAK PURU : Saya boleh ajar awak jalan untuk menjadi Ahli Salaf. Saya ini Mahaguru Ahli Salaf Sedunia. Ramai yang menuntut ilmu dengan saya. Kesemua yang menuntut ilmu dengan saya ada akreditasi untuk membidaahkan orang. (Jawab PUTERA KATAK PURU dengan gaya takbur dan eksen). Cuba tengok Ustad yang ajar PUTERI RAJA. Dia tu dah tua kerepot. Apa yang dia tahu? Apa yang dia ajar tu semua ilmu bidaah. Dia tak ajar untuk jadi Salaf.

PUTERI RAJA : Ooooo begitu. Lagi apa yang PUTERA KATAK PURU boleh ajar saya.

PUTERA KATAK PURU : Saya juga akan ajar awak bagaimana nak masuk syurga.

PUTERI RAJA : Baiklah saya akan balik ke istana dan fikirkan

Setelah PUTERI RAJA balik ke istana. Dia pun menceritakan pengalaman dia bertemu dengan PUTERA KATAK PURU kepada sahabat-sahabatnya. Maka tergelak besarlah sahabat-sahabat PUTERI RAJA mendengar kenyataan takbur PUTERA KATAK PURU. Semua sahabat-sahabat PUTERI RAJA menyatakan kepada PUTERI RAJA bahwa PUTERA KATAK PURU tu sebenarnya perasan. Tak sedar diri yang diri dia sebenarnya seekor katak puru, nak memandai mengajar manusia. Kalau dah binatang tu binatang jugak le.


PUTERA KATAK PURU pula, selepas pertemuan pertama terus memanjangkan angan-angannya. Kalau dulu dia angan-angannya hanya sepanjang dari Malaysia sampai ke Yaman. Sekarang angan-angannya jadi lebih panjang sedikit sehingga mencecah Uganda. Semakin galaklah PUTERA KATAK PURU berangan dicium oleh PUTERI RAJA dan berubah menjadi Putera Raja Yang Kacak Dan Ensem macam Brad Pitt (Brad Pit pulak dah. Dari Hans Isaac jadi Brad Pit). Selepas pertemuan pertama, maka berlakulah siri-siri pertemuan yang berikutnya. PUTERA KATAK PURU pun bersungguh-sungguh mensyarahkan ilmunya yang tak berkat itu kepada PUTERI RAJA. Tetapi demi menjaga air muka katak puru yang tak sedar diri, PUTERI RAJA pun berpura-pura mendengar syarahan PUTERA KATAK PURU. Sehinggalah suatu hari, PUTERA KATAK PURU berkata kepada PUTERI RAJA :

PUTERA KATAK PURU : Saya ini asyik teringatkan PUTERI RAJA.


PUTERI RAJA : Apesal ?

PUTERA KATAK PURU : Sebab saya plan nak amik PUTERI RAJA jadi bini saya.

PUTERI RAJA : ( Dalam ati : PUTERA KATAK PURU ni dah buang tebiat ke ? Tak sedar ke yg dia tu katak puru, aku ni manusia. Tak kose aku nak tinggal seTEMPURUNG dengan dia )

Maka berkatalah PUTERI RAJA kepada PUTERA KATAK PURU.

PUTERI RAJA : Betul ke PUTERA KATAK PURU nak amik saya jadi bini ?

PUTERA KATAK PURU : Betul. Saya memang serius nak amik PUTERI RAJA jadi bini saya. Sejak saya nampak PUTERI RAJA, fikiran saya tak tenang. Dalam sembahyang pun asyik terfikirkan PUTERI RAJA.

PUTERI RAJA : Beginilah. Biar saya komen tentang ilmu yang PUTERA KATAK PURU ajar kepada saya.


1st : Saya tak boleh terima ilmu yang PUTERA KATAK PURU ajar kat saya. Sebab orang yang berilmu dia akan beramal dengan ilmunya. Orang yang berilmu dia akan tawadduk dan rendah diri. Tak macam PUTERA KATAK PURU. Sombong. Takbur. Ini juga tanda PUTERA KATAK PURU sendiri tak mampu nak didik diri sendiri. Jadi bagaimana PUTERA KATAK PURU boleh didik orang lain untuk jadi hamba Allah? Melainkan PUTERA KATAK PURU mendidik orang untuk jadi sombong dan takbur. Kalau PUTERA KATAK PURU didik orang, orang itu akan jadi sombong dan takbur, berbangga dengan ilmu bukan tawaduk dengan ilmu.


2nd : PUTERA KATAK PURU cukup mudah membidaahkan orang. Sedangkan Allah telah mengutus seorang yang lebih mulia dari PUTERA KATAK PURU iaitu Nabi Musa AS, kepada seorang yang lebih jahat dari orang yang PUTERA KATAK PURU label sebagai ahli bidaah iaitu Firaun. Itupun Allah suruh Nabi Musa AS berlemah-lembut dengan. Jadi PUTERA KATAK PURU yang perasan jadi ahli Salaf sebenarnya sudah jadi Ahli SalaH. Salah faham dan mengajar ajaran salah.


3rd : Dalam Islam, perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah ialah sembahyang. Sembahyang yang tidak khusyuk itu tanda kita sudah menempah tempat di neraka. Sembahyang yang khusyuk dapat mencegah dari melakukan kemungkaran. Oleh itu sifat yang WAJIB ada pada orang SALAF ialah sembahyang yang khusyuk Saidina Ali yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang juga merupakan orang salaf, dalam satu peperangan, Saidina Ali pernah dipanah dibetisnya. Sewaktu Saidina Ali mengangkat takbiratul ihram dalam sembahyang, panah yang terpacak di betisnya dapat dicabut tanpa Saidina Ali merasakan kesakitan. Begitulah khusyuknya Saidina Ali dalam sembahyang. Tetapi PUTERA KATAK PURU yang mengaku Ahli Salaf, dalam sembahyang pun boleh ingatkan perempuan sampai hati jadi tidak tenang. Ini tanda sembahyang tak khusyuk. Kalau sembahyang yang menjadi perkara pertama dan utama dihisab di akhirat nanti pun PUTERA KATAK PURU dah fail. Tak payahlah nak berlagak mengaku Ahli Salaf. Jangan tipu orang dengan ilmu yang tidak diamalkan.


4th : Putera Katak Puru berlagak macam sudah dijamin syurga. Semua orang tak betul. Dia saja yang betul. Semua orang ahli bidaah. Dia saja yang ikut sunnah, sedangkan dalam sembahyang pun Putera Katak Puru boleh ingatnkan awek. Tolong buktikan bahawa Putera Katak Puru sudah dijamin masuk syurga Firdaus. Kalau Putera Katak Puru tak boleh buktikan yang dia sudah dijamin masuk syurga Firdaus. Janganlah sekali-kali datang jumpa saya lagi. Sebab Putera Katak Puru cakap tara serupa bikin. Wasting time. Baik saya belajar dengan Ustad yang Putera Katak Puru label sebagai kerepot dan ahli bidaah. Setidak-tidaknya saya diajar untuk beramal dan membaiki diri.


Empat kenyataan Puteri Raja telah menjadi tamparan hebat kepada Putera Katak Puru. Barulah dia sedar bahawa dia sebenarnya tidak beramal dengan ilmunya, takbur, mudah memgeluarkan fatwa, tak pernah hisab kelemahan diri sendiri. Dan tamparan yang paling hebat ialah : DALAM SEMBAHYANG DIA PUN BOLEH INGATKAN PEREMPUAN SAMPAI HATI TIDAK KHUSYUK, nak jadi ahli salaf bagaimana dan nak dijamin syurga macam mana ?





Pengajaran dari cerita ini.

1. Ilmu yang diperolehi bukanlah untuk bangga dan riyak serta menunjuk-nunjuk. Tetapi untuk diamalkan dan disampaikan kepada orang lain.
2. Ilmu yang banyak tetapi tidak boleh mendidik tuannya untuk mentaati Allah dan berakhlak, adalah sebagai tanda ilmu tersebut tidak berkat.
3. Orang yang berilmu akan tawaddhuk dan rendah diri, sebab semakin banyak ilmunya semakin dia kenal dan tahu kelemahan dirinya.
4. Bercita-cita menjadi orang yang dikasihi Allah tidak salah tetapi kena pastikan, yang dibenarkan dengan hati, lisan yang diiqrarkan serta yang diamalkan dengan perbuatan selaras dengan syariat Islam dan usahanya setimpal dengan cita-citanya.
5. Ilmu Islam menuntut kita menghisab kelemahan diri agar kelemahan diri itu dapat diperbaiki.

Tuesday, October 26, 2010

KESAN DARI RADIASI TELEFON BIMBIT


Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.


Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit. Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit. Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...